TIPUAN DALAM KONTRAK
TIPUAN
Seksyen 17
memperuntukkan bahawa tipuan boleh wujud dalam keadaan berikut:
- Apabila
mengatakan sesuatu fakta itu benar sedangkan dia tahu fakta itu adalah
tidak benar
- Menyembunyikan
fakta yang perlu didedahkan
- Membuat
janji tetapi tidak menunaikannya
- Melakukan
mana-mana perbuatan untuk memperdaya atau sememangnya bertujuan untuk
menipu
- Melakukan
kesalahan atau ketinggalan salah yang ditetapkan oleh undang-undang
sebagai tipuan.
Ringkasnya,
fraud adalah kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang menyedari bahawa ia
adalah palsu. Namun begitu dalam Akta Kontrak 1950 ruang lingkup fraud
dikembangkan dengan maksud yang lebih luas mengikut s. 17
Contohnya
‘menyembunyi secara aktif’ termasuk dalam fraud di bawah s. 17 (b).
Ia
bermaksud tindakan secara sengaja untuk menyembunyikan sesuatu maklumat yang
dapat mempengaruhi keputusan pihak yang berkontrak.
Contohnya
boleh dilihat dalam misalan 19 (c) dan (d). Namun demikian ia tertakluk kepada
kecualian s. 19 berkaitan dengan peluang untuk menyelidiki fakta sebenar
menggunakan ketekunan lazim (ordinary diligence).
Pada
umumnya sesuatu kontrak tidak boleh dianggap mempunyai elemen fraud jika pihak
yang didakwa menipu itu hanya berdiam diri.
Ini
berasaskan kepada prinsip bahawa ‘pihak yang berkontrak tidak bertanggungkjawab
untuk menjelaskan semua fakta berkaitan dengan kontrak’.
Contohnya dalam s. 17 misalan (a).
Namun
demikian, prinsip ini tertakluk kepada
pengecualian. Ini bermakna, dalam keadaan tertentu, tindakan berdiam diri boleh
dianggap sebagai satu fraud. Keadaan pengecualian itu disebut di dalam s 17
(huraian) iaitu:
jika orang yang berdiam diri
itu berkewajipan untuk berkata-kata dalam dua keadaan iaitu jika kenyataan
terdahulu menjadi tidak benar atau bila wujud perkaitan amanah (seperti dalam
misalan (b)) dan
apabila berdiam diri menjadi
sama dengan berkata-kata (seperti dalam misalan (c)) [3].
Peraturan
di bawah Huraian s. 17 ini juga tertakluk kepada pengecualian di bawah s. 19
berkaitan dengan peluang untuk menyelidiki fakta sebenar menggunakan ‘ketekunan
yang lazim’. Bagaimanapun tangungjawab untuk mengunakan ketekunan lazim dalam
menyelidiki sesuatu fakta itu hanya timbul dalam situasi frod secara berdiam
diri sahaja seperti dalam kes: WEBER
lwn BROWN. Setiap kontrak yang mengandungi fraud membolehkan pihak yang
ditipu itu membatalkan kontrak berdasarkan s. 19.
Kes-kes:
HORSFALL v THOMAS
(1862) 1 HC 90
Thomas telah membeli
sebuah meriam yang telah diperbuatkan oleh Horsfall untuknya. Meriam itu
mempunyai kerosakan yang menjadikannya tidak bernilai, dan Horsfall telah
berusaha untuk menyumbatkan besi ke dalam bahagian yang bermasalah tersebut.
Thomas tidak memeriksa meriam tersebut, beliau menerimanya. Apabila beliau
menggunakan meriam untuk menembak iaitu tujuan pembelian, meriam itu meletup.
Diputuskan bahawa
apabila percubaan penyembunyian itu tidak berkesan kepada fikiran atau
kelakuan, beliau tidak akan Berjaya untuk membuktikan fraud.
WEBER v BROWN (1908)
1 FMSLR 12
Pihak
perayu dan responden telah membuat kontrak dimana responden telah memperolehi
opsyen untuk membeli sebuah ladang getah. Responden kemudian menggunakan opsyen
ini untuk mebeli ladang getah ini. Semasa perundingan pra-kontrak, perayu telah
memberikepada responden kenyataan bertulis tentang jumlah batang getah yang ada
di ladang itu dan menegaskan bahawa ia sendiri mengira jumlah pokok tersebut.
Setelah membeli ladang itu responden mendapati jumlah pokok tidak seperti yang
dinyatakan. Responden mengambil tindakan menuntut gantirugi kerana berlaku
fraud. Hakim bicara memutuskan berpihak kepada responden dan perayu kini merayu
terhadap keputusan itu.
Mahkamah menolak hujah perayu bahawa responden
boleh mengetahui kebenaran (yakni mengenai jumlah pokok) jika dia menggunakan
kerajinan biasa, sebab kewajipan untuk mencari kebenaran di bawah pengecualian
seksyen 19 Enakmen Kontrak (sama seperti seksyen 19 Akta) tidak terpakai jika
berlaku fraud.
TIPUAN DALAM KONTRAK
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
1:30:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: