SSPN-i Plus

FAHAMI DULU APA ITU MUNAKAHAT



1. PENDAHULUAN
Islam meletakkan kehidupan berkeluarga dan berkahwin sebagai kesempurnaan dalam agama. Ia menjadi sunnah Nabi SAW sebagaimana sabdanya:
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku ". (Riwayat Ibnu Majah)
Malah Nabi SAW juga akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai. Sabda Baginda Rasulullah SAW:
Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umat lain pada hari akhirat nanti. (Riwayat Abu Daud dan Hakimi)

Islam juga menggalakakan perkahwinan kerana faedahnya amat besar kepada manusia. Dari Abdullah bin Umar r.a sabda Nabi SAW:
“Dunia adalah bahan keseronokan, dan sebaik-baik bahan keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah.” (Riwayat Muslim)
Dari Abu Ayub r.a Sabda Rasulullah SAW:
Empat perkara daripada sunnah-sunnah para rasul, iaitu malu, memakai wangian, bersugi dan berkahwin”. (Riwayat At-Tirmizi)

2. TAKRIF NIKAH
i) Dari segi bahasa: Ikatan atau simpulan. Ia juga ditakrifkan sebagai berkumpul atau menghimpun.
ii) Dari segi istilah Syara: Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

3. DALIL PERKAHWINAN ITU DITUNTUT OLEH SYARAK
Dalil dari Al-Quran: 


" dan jika kamu takut tidak berlaku adil kepada anak-anak yatim (apabila menikahi mereka) Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". (Riwayat Muslim)


Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.

4. HUKUM BERKAHWIN
Hukum berkahwin itu ada empat:
1. Wajib 
Hukum berkahwin menjadi wajib ke atas orang yang cukup belanja (mampu nafkah zahir) dan mamu memberi nafkah batin serta tidak dapat menahan nafsunya iaitu dibimbangi akan terjerumus ke lembah zina dan keji jika tidak berkahwin.
2. Sunat
- Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin. 
3. Makruh
- Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4. Haram

- Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
FAHAMI DULU APA ITU MUNAKAHAT FAHAMI DULU APA ITU  MUNAKAHAT Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 11:17:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.