PENGENALAN FIQH JINAYAH
PENGENALAN
Setiap manusia akan dipertanggungjawab di atas apa yang
dilakukannya sama ada perbuatan itu baik atau pun buruk, samada ia kecil atau
besar. Firman Allah:
Maka sesiapa berbuat kebajikan
seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dan sesiapa berbuat kejahatan
seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Al Zalzalah ayat
7-8.
Ayat ini menyatakan konsep
kebertanggungjawaban manusia dalam setiap tindakan. Oleh itu, jika
manusia melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan,
kehilangan nyawa atau harta tentulah ia perlu dibalas.
PENGERTIAN JENAYAH.
Dari Segi Bahasa:
Segala perbuatan dosa dan tercela. Juga
dikenali sebagai jarimah iaitu sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh syara’
serta untuk menunjukkan satu perbuatan dosa atau keji. Dalam bahasa Arab jinayat dipetik dari kata
dasar jana, yajni yang bermaksud melakukan kesalahan.
Dari Segi Fuqaha:
Menurut istilah jumhur fuqaha ialah
sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh
syara’ samada ia dilakukan terhadap tubuh dan anggota serta harta yang boleh
dikenakan hudud, qisas atau ta’zir.
FALSAFAH JENAYAH.
Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk
dilaksanakan dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan
ummah.
MANFAAT PENGAJARAN FIQH JENAYAH
1.
Menjaga
keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2.
Menjaga
keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.
3.
Menjaga
keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan
lain-lain.
4.
Berhubung
dengan keamanan Daulah Islamiyah dan menyelenggarakan keselamatan
diri.
5.
Berhubung
dengan pembunuhan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di
dalam Daulah Islamiyah.
KONSEP HUKUM FIQH JENAYAH
Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Takzir diperuntukkan
dalam qanun fiqh jenayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip
perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga Agama
Iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya
tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak
menjadi murtad. Hukum jinayah Islam membawa konsep untuk menjaga kesucian
agama dipermainkan. Orang Islam mesti berpegang teguh degan agama dan tidak
boleh menukar agama setelah beriman. Orang yang murtad akan disuruh
bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh
akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Nabi SAW yang bererti: “barangsiapa yang
menukar agama hendaklah dibunuh.” (Riwayat Muslim).
2. Menjaga
Nyawa
Iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah
menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Nyawa
adalah hak milik mutlak Allah, ia hanya amanah yang Allah berikan dan perlu
dijaga sebaik mungkin. Syariat islam melarang membunuh diri atau orang lain
kecuali dengan hak iaitu orang yang membunuh dengan sengaja, orang yang
melakukan zina dan orang yang murtad. Sesiapa
yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan
sengaja wajib dijatuhkan hukuman Qisas atau Diyat.
3. Menjaga Akal
Fikiran
Iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan
disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum
arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali
sebat.
4. Menjaga Keturunan
Iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya
nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan
haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan
hukum sebat dan rejam.
5. Menjaga Harta
Benda
Iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan
dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan
menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau
dibuang negeri ke atas perompak.
TUJUAN HUKUM JENAYAH ISLAM
Antara tujuan penetapan hukum jinayah
ialah:
1. Hukuman jenayah yang ditetapkan bertujuan
untuk membasmi dan mencegah kerosakan baik pada diri, agama dan masyarakata
serta Negara.
2. Untuk membawa pengajaran dan pembalasan
yang setimpal dan tujuan kebaikan dan kemaslahatan.
3. Islam juga mensyariatkan hukuman jenayah
yang bertujuan untuk mencegah dan memberi pengajaran serta peringatan supaya
tidak mengulangi perbuatan tersebut.
4. Ia juga bertujuan menakutkan orang lain
supaya tidak terjebak dengan kegiatan yang sedimikian. Ini ialah maslahat untuk
pencegahan supaya perkara tersebut terhapus sama sekali dalam masyarakat.
5. Untuk menghapus dosa penjenayah dan
melepaskan mereka dari azab yang pedih di akhirat nanti. Malah, sebelum
melaksanakan hukuman, pemerintah atau yang melaksanakan hukuman akan meminta
penjenayah bertaubat terlebih dahulu.
JENIS-JENIS HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi
kepada ;
(a) Hukum Hudud
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir
(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta’zir
PENGENALAN FIQH JINAYAH
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
10:56:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: