APA SEBENARNYA AKAD NIKAH
AKAD NIKAH
Selepas segala persiapan pra perkahwinan, dan persetujuan dapat dicapai oleh kedua-dua pihak, maka lelaki dan perempuan ini akan melakukan akad nikah untuk mengesahkan hubungan mereka mengikut lunas-lunas Islam.
1. PENDAHULUAN
Perkahwinan adalah satu kontrak yang mengikat antara
dua pihak iaitu pihak suami dan pihak isteri. Akad (kontrak) adalah satu
perkara yang perlu dalam setiap aktiviti kehidupan bermasyarakat termasuk
kontrak jual beli dan penyewaan. Akad perkahwinan sedikit berbeza kerana ia
mempunyai kesan yang amat besar. Sesetengah rukun dalam akad nikah tidak terdapat
dalam akad yang lain.
2. RUKUN-RUKUN
NIKAH
1.
Lelaki yang bakal menjadi suami.
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.
3. Wali yang adil
4. Dua orang saksi yang adil
5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
3. SYARAT-SYARAT
LELAKI BAKAL SUAMI
1.
Beragama Islam
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)
2. Tidak berihram haji atau umrah
3. Lelaki tertentu
4. Belum mempunyai empat isteri
5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan
6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)
3. SYARAT-SYARAT
PEREMPUAN BAKAL ISTERI
1.
Beragama Islam.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
2. Perempuan yang tertentu.
3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya
4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
Permohonan Perkahwinan Melalui Mahkamah
Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam yang sedang
berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia, permohonan kebenaran berkahwin
hendaklah dipohon melalui Pejabat Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana
tempat bakal isteri itu bermastautin.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kes yang perlu di
rujuk oleh Pendaftar Nikah kepada Mahkamah Syariah untuk tindakan Hakim Syarie
bagi mengeluarkan kebenaran berkahwin. Kes - kes tersebut ialah:
·
Pemohonan
Lelaki dibawah umur 18 tahun dan perempuan dibawah umur 16 tahun
·
Permohonan
seorang perempuan janda berhias iaitu perkahwinan oleh seorang perempuan yang
mendakwa telah bercerai sebelum disetubuhi oleh suaminya.
·
Permohonan
perkahwinan Wali Hakim:
Permohonan
berpoligami.
APA SEBENARNYA AKAD NIKAH
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:47:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: