SSPN-i Plus

BAHAGIAN HUKUM JENAYAH ISLAM



BAHAGIAN-BAHAGIAN HUKUM JENAYAH ISLAM

 Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a)  Hukum Hudud
(b)  Hukum Qisas
(c)  Hukum Ta’zir

PENGERTIAN HUDUD
Pengertian dari Segi Bahasa
Hudud adalah kata jamak dari perkataan had, ia bererti menahan antara dua perkara atau mencegàh. Ia juga membawa maksud halangan.

Pengertian dari Segi Istilah 
Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 

JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD
(a)  Zina
(b)  Qazaf
(c)  Minum arak
(d)  Mencuri
(e)  Merompak dan Menyamun
(f)   Memberontak

(g)  Murtad

PENGERTIAN QISAS
Dari segi bahasa qisas bermaksud persamaan atau mengikut. Sesorang yang melakukan kesalahan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman yang sama dengan perbuatan kesalahan jenayah tersebut.
Dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW. kerana kesalahan­-kesalahan yang melibatkan hak individu.

JENIS JENAYAH QISAS
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:
  1. Membunuh dengan sengaja
  2. Mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga

PENGERTIAN TA’ZIR.
(a) Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang.
(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

BAHAGIAN HUKUM JENAYAH ISLAM BAHAGIAN HUKUM JENAYAH ISLAM Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 7:07:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.