MEMAHAMI KESALAHAN BERZINA


KESALAHAN BERZINA

DEFINISI
Persetubuhan haram secara sengaja tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan. Ibn Rusyd menyatakan bahwa zina adalah semua hubungan seksual (jima’) di luar pernikahan dan tidak pada nikah syubhat dan hamba. Ini adalah definisi yang disepakati oleh jumhur ulamak meskipun masih ada perbahasan mengenai nikah syubhat.

SYARAT HAD ZINA
  1. Cukup Umur
  2. Waras
  3. Kemahuan sendiri
  4. Jelas kelelakian dan kewanitaannya
  5. Masuk kesemua hasyafah dalam faraj
  6. Persetubuhan yang bukan subhah

SYARAT SABIT ZINA
  1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya
  2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya
  3. Qarinah

Syarat pertama Keterangan Saksi
Jumhur ulamak bersepakat bahawa sabit kesalahan dan had zina mestilah dengan penyaksian 4 orang lelaki yang adil. Berdasarkan dalil al-Quran:
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
(An-Nisaa' 4:15)

Syarat saksi seramai 4 orang juga terdapat dalam ayat berikut:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
(An-Nuur 24:4) |

Cara saksi memberi keterangan:
  1. Imam Syafei berpendapat tidak kira saksi datang serentak atau berasingan, semuanya dikira sah dalam memberi keterangan.
  2. Imam Abu Hanifah berpendapat saksi-saksi mesti datang serentak atau sekaligus.

Syarat Kedua - Pengakuan Penzina
Fuqaha’ berselisih pendapat tentang jumlah dan bilangan pengakuan yang boleh disabitkan hukuman zina:
  1. Menurut Imam Abu Hnaifah dan Imam Ahmad bin Hanbal – sebanyak 4 pengakuan iaitu menyamai 4 orang saksi dan mestilah dalam 4 majlis yang berasingan sebagaimana nabi SAW pernah merejam Ma’iz setelah 4 kali pengakuan.
  2. Ulama’ syafei dan sebahagian besar ulama’ maliki berpendapat – tidak perlu 4 kali dan tidak perlu majlis berasingan. Penagkuan tetap sah selagi ia tidak ada keraguan yang boleh menyebabkan pengakuan ditolak.

Syarat Ketiga - Qarinah
Ulama’ berselisih pendapat tentang qarinah:
  1. Menurut Imam Malik seorang yang sudah jelas bukti dan qarinah yang ia berzina mestilah dikenakan had. Seperti perempuan belum berkahwin mengandung.
  2. Menurut imam Abu hanifah, Imam Syafei dan Imam Ahmad qarinah bukan bukti yang perlu untuk dikenakan had. Mereka berpendapat perempuan itu mungkin dirogol, dipaksa dan mungkin berlaku persetubuhan syubhah.

HAD ZINA
Bagi orang yang melakukan kesalahan zina, hukuman bergantung  kepada samada beliau adalah seorang muhsan ataupun bukan muhsan. Seorang muhsan ialah mereka yang memenuhi sifat-sifat berikut:
1.    Mukallaf iaitu baligh dan berakal, oleh itu kanak-kanak dan orang gila tidak termasuk dalam kategori muhsan. Bagi orang gila yang tidak tetap, sekiranya ia melakukan zina semasa sedar ia tetap dikenakan had.
2.    Merdeka, hamba yang berzina akan dikenakan separuh sahaja hukuman zina.
3.    Pernah melakukan persetubuhan melalui pernikahan sah, samada pernikahan itu masih berterusan atau tidak. Seorang yang pernah melakukan persetubuhan yang tidak mengikut hukum syarak, tidak termasuk dalam kategori ini.
Ciri-ciri ini merangkumi laki-laki dan wanita. Bukan muhsan ialah orang yang tidak memenuhi ciri-ciri di atas.

Hukuman zina secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu rejam dengan batu sampai mati dan hukuman sebat dan diikuti dengan buang daerah

1. Hukuman Rejam
Hukuman rejam sampai mati hanya dikenakan ke atas pasangan lelaki dan perempuan yang  telah berkahwin dan bersetubuh secara sah (muhsan).
Ini berdasarkan nas al-quran yang yang telah dimansukhkan bacaan dan tulisannya, tetapi ayat hukumnya masih dikekalkan. Dahulunya ia adalah sebahagian dari surah an-Nur.
Ia juga terdapat dalam hadis shahih serta sunnah fi’liyyah baginda Rasulullah SAW.
Sabda nabi SAW yang bermaksud:
“Ambillah daripadaku, sesungguhnya Allah telah menetapkan cara untuk mereka (terlepas
daripada dosa) dara dengan pria, hendaklah disebat 100 kali dan dibuang daerah setahun, manakala yang telah berkahwin hendaklah disebat 100 kali dan direjam dengan batu”.

Dalam satu hadis yang lain pula, nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang tua lelaki dan orang tua wanita yang berzina, maka rejamlah kedua-duanya”

Mengenai hukuman sebatan bersama rejam Ulama’ berselisih pendapat. Imam ishaq dan Imam Ahmad beperndapat sebatan boleh dilakukan bersama hukum rejam.
Jumhur ulama’ berpendapat demikian juga dengan menambah lagi, yang mana hukuman sebat kepada yang belum berkahwin adalah sebagai pengajaran.manakala hukuman sebat ke atas pasangan yang sudah berkahwin sudah tidak ada guna kerana mereka akan direjam sampai mati.

2. Hukuman Sebat dan Buang Daerah
Hukuman ini adalah terhadap penzina yang bukan muhsan. Firman Allah:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Apabila seorang hamba telah disabitkan dengan kesalahan zina, maka ia akan dihukum separuh dari orang merdeka, iaitu 50 sebatan dan dibuang daerah setengah tahun.  Firman Allah:
An-nisa’ ayat 25
Samada hamba itu seorang muhsan atau tidak hukuman yang mereka terima adalah sama, begitu juga dari segi jantina samada hamba itu lelaki atau perempuan tetap sama hukumannya.

Tentang hukuman buang daerah yang dilaksanakan disamping sebatan 100 kali, ulama; dan fuqaha’ berselisih pendapat:
1.    Imam Hanifah berpendapat hukuman buang daerah tidak wajib. Ia boleh dilaksanakan jika perlu berdasarkan penilaian hakim, kerana buang daerah bukan hukum hudud, ia hanya hukum ta’azir.
2.    Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafeei berpendapat: hukuman buang daerah adalah wajib dan sebahagian dari hukum hudud.

Hukuman bagi Perbuatan yang Menyerupai Zina
Liwat ialah persetubuhan pada dubur, baik yang disetubuhi itu lelaki mahupun wanita. Hukum perbuatan ini ialah hukum zina bagi pihak pelaku. Sekiranya pelaku adalah muhsan ia akan direjam hingga mati. Sekiranya pelaku bukan muhsan ia akan disebat 100 kali dan akan dibuang daerah selama satu tahun. Orang yang diperlaku pula, jika bukan isteri sendiri akan disebat dan dibuang negeri sama seperti zina bukan muhsan.

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah dan Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah tidak akan memandang lelaki yang mensetubuhi dubur isterinya.”
Satu lagi hadis riwayat al Baihaqi dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “dilaknat orang yang mensetbuhi dubur isterinya”.

Bagi yang melakukan perbuatan itu dengan isterinya ia boleh dihukum dengan hukum ta’azir yangsesuai dengan syarat tidak sampai ke had minima zina.
Al-Nu’man bin Basyir r.a meriwayatkan hadis: Rasulullahi SAW  bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan hukuman hudud pada bukan kesalahan hudud, dia adalah orang yang melampaui batas”.

Bagi kesalahan mensetubuhi haiwan, orang yang mensetubuhi haiwan akan dikenakan hukuman ta’zir dan bukan hudud.

PELAKSANAAN HUDUD
Hukuman hudud hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan atau wakil yang dilantiknya. Bagi pesalah adalah hamba, hukuman boleh dilakukan oleh tuan kepada hamba tersebut.
Sekiranya penzina yang telah disabitkan hukuman rejam berada dalam keadan sakit atau tidak bermaya, ataupun keadaan cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas, hukuman rejam tetap kena diteruskan tanpa boleh ditangguh. Ini kerana pesalah akan dihukum mati, jadi keadaan tersebut adalah tidak relevan.

Bagi pesalah yang disabitkan dengan hukuman sebat, boleh ditangguhkan sehingga ia sihat atau sehingga cuaca mengizinkan. Manakala pesalah yang tidak bermaya akan disebat dengan tandan buah yang ada 100 ranting. Sekiranya pada tandan tersebut ada 50 ranting hendaklah disebat dua kali. Kesemua ranting ini akan mengenai tubuh pesalah atau ranting ini tertekan sesama sendiri supaya pesalah merasakan sakit.

Untuk melaksanakan hukuman rejam, pesalah wanita digalakkan digali lubang untuknya jika kesalahan tersebut dilakukan dengan bukti. Jika kesalahan tersebut disabitkan melalui pengakuan, tidak perlu digali lubang. Ini untuk memberi peluang pesalah untuk lari jika ia berubah fikiran. Pesalah lelaki tidak perlu untuk digali lubang.
Semua tubuh muhsan adalah tempat untuk direjam baik tempat yang boleh membunuh atau tidak. Tetapi ada baiknya, tidak direjam kawasan muka kerana ada hadis yang menegahnya.

Ketika direjam pesalah tidak boleh diikat atau dibelenggu. Aurat pesalah lelaki mestilah ditutup, manakala pesalah perempuan hendaklah ditutup seluruh tubuhnya.
Kedudukan orang yang merejam mestilah tidak terlalu jauh agar tidak tersalah sasaran dan tidak boleh terlalu dekat supaya tidak terlalu menyakitkan.
Orang yang boleh membuat rejaman ialah sesiapa sahaja yang hadir jika kesalahan itu disabitkan melalui bukti tetapi jika kesalahan itu disabitkan melalui pengakuan orang awam tidak digalakkan.

Bahan untuk dilakukan rejaman ialah tanah keras atau batu bersaiz sebesar tapak tangan. Batu yang terlalu kecil atau terlalu besar tidak boleh digunakan. Batu yang kecil akan menyebabkan tempoh siksaan sakit akan menjadi panjang dan batu yang terlalu besar akan memendekkan tempoh atau pesalah akan mati serta merta. Ini bertentangan dengan matlamat hukuman sebagai satu pengajaran kepada orang lain dan sebagai satu kaedah pencegahan.

Pemerintah, saksi-saksi kes dan orang-orang merdeka digalakkan hadir ketika hukuman dijalankan. Jika kes itu disabitkan melalui pengakuan, pemerintah akan memulakan rejaman kemudian diikuti oleh orang ramai. Sekiranya kes itu disabitkan melalui pembuktian, saksi-saksi kes tersebut akan memulakan rejaman diikuti oleh pemerintah dan orang ramai.


Sebelum hukuman dijalankan pesalah perlu ditawarkan untuk bertaubat supaya akhir hayatnya dengan taubat. Sekiranya masuk waktu solat, pesalah diminta mendirikan solat dan jika ia mohon untuk solat sunat maka ia dibenarkan untuk melakukannya selama dua rakaat sahaja. Jika pesalah memohon minuman, ia dibenarkan untuk minum tetapi jika ia memohon makanan, ini tidak dibenarkan.


MEMAHAMI KESALAHAN BERZINA MEMAHAMI KESALAHAN BERZINA Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 10:54:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.