MEMAHAMI AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2012
MEMAHAMI AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2012
1.
PENDAHULUAN
Rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)
dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 23 November 2011.
Dalam pada itu juga turut membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Akta Polis
1967 untuk bacaan kali pertama.
Ia dibahaskan oleh enam ahli Parlimen selama
empat jam. Antaranya ialah Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota
Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi
Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P
Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan
Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
APA 2012 diluluskan di
Parlimen pada 24 November 2011. Ia adalah merupakan transformasi terhadap
kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk
berhimpun.
Mukadimah (preamble) kepada Akta berbunyi:
“Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara
aman dan tanpa senjata dan memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu
atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk
perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan
perkara-perkara yang berkaitan.”
Tujuan
Akta
·
Membenarkan
warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa
senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi kepentingan ketenteraman dan
keselamatan awam.
·
Bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara
aman selaras dengan hak yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan
Persekutuan.
·
Mengelak
berlakunya demonstrasi jalanan seperti Perhimpunan Bersih 2.0 (9 Julai 2011),
Perhimpunan Bersih 3.0 (28 April 2012), Perhimpunan Hindraf 2007 dan lain-lain.
·
Menetapkan
hak berhimpun tidak terpakai kepada bukan warganegara dan kanak-kanak (15 tahun
ke bawah).
·
Meliputi
hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan
secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan
masyarakat setempat.
Perhimpunan didefinisikan sebagai
“suatu perhimpunan sesuatu bilangan orang yang disengajakan dan sementara di
sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di sesuatu
tempat tertentu atau bergerak”.
Manakala
tempat awam pula ialah:
a)
jalan
b)
tempat
yang terbuka kepada atau digunakan oleh
orang awam
c)
tempat
yang sedang terbuka kepada atau yang digunakan oleh orang awam, sama ada atau
tidak:
i.
tempat
itu pada kebiasaanya terbuka kepada atau digunakan oleh orang awam
ii.
dengan
persetujuan nyata atau tersirat pemunya atau penghuni, atau
iii.
dengan
bayaran wang
2. UNDANG-UNDANG LAIN MENGENAI
PERHIMPUNAN
a.
Kebebasan Berhimpun Dibawah Perlembagaan Persekutuan
Hak untuk berhimpun ini telah dijamin
dalam Perlembagaan Persekutuan Sebagaimana diperuntukan dibawah perkara 10 (1) (b)
iaitu semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Walaubagaimanapun, hak tersebut masih lagi tertakluk kepada undang-undang yang
lain. Perkara (10)(2)(b) membenarkan Parlimen melalui undang-undang
mengenakan apa-apa
sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam.
b. Peruntukan di bawah Kanun Keseksaan
Seksyen 141 memperuntukan jika satu
perhimpunan lima orang atau lebih adalah perhimpunan yang menyalahi
undang-undang, jika tujuan bersama orang-orang yang dalam perhimpunan itu :
i.
Dengan
kekerasan jenayah, atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah, hendak menakutkan
Kerajaan Persekutuan atau kerajaan mana-mana negeri dalam persekutuan atau
mana-mana penjawat awam pada menjalankan kuasanya yang sah disisi
undang-undang, atau
ii.
Hendak
menentang perlaksanaan mana-mana undang-undang atau mana-mana perjalanan
undang-undang, atau
iii.
Hendak
melakukan apa-apa khianat atau pencerobohan jenayah, atau lain-lain kesalahan,
atau
iv.
Dengan
jalan kekerasan jenayah atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah kepada
seseorang, hendak melucutkan hak sesorang menggunakan mana-mana jalan atau
haknya menggunkan air atau lain-lain hak yang tak zahir yang dimilikinya atau
yang ada padanya, atau hendak menjalankan apa-apa hak yang ada atau apa-apa
yang disangkakan ada, atau
v.
Dengan
jalan kekerasan jenayah atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah kepada
seseorang,hendak memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ia tidak terpaksa di
sisi undang-undang melakukan, atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu yang
ia berhak di sisi undnag-undang melakukan.
pada entri yang selanjutnya akaa diterangkan kandungan akta ini .......
bersambung .....
pada entri yang selanjutnya akaa diterangkan kandungan akta ini .......
bersambung .....
MEMAHAMI AKTA PERHIMPUNAN AWAM 2012
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:35:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: