SSPN-i Plus

PENGENALAN UNDANG-UNDANG JENAYAH


PENGENALAN UNDANG-UNDANG JENAYAH

1. PENDAHULUAN
Satu jenayah atau kesalahan adalah suatu tindakan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang. Tindakan atau ketinggalan tersebut boleh jadi juga merupakan satu kesalahan di bawah tort, atau satu pecah kontrak atau satu pecah amanah. Kesan penting dari perbuatan tersebut ialah jika pesalah dikesan dan diputuskan untuk didakwa, ia akan didakwa atas nama kerajaan dan bagi pihak kerajaan (dalam kes Malaysia ialah Pendakwa Raya). Sekiranya pesalah tersebut didapati bersalah ia akan dijatuhi hukuman dan hukuman ini tidak terikat atau kena mengena dengan perintah untuk membayar gantirugi kepada mangsa.
Menurut Russel Heaton, jenayah ditakrifkan sebagai sebarang perbuatan (conduct), ketinggalan(omission) ataupun keadaan yang dinyatakan dalam definisi jenayah yang dituduh beserta keadaan sekeliling.
Setiap kesalahan jenayah mempunyai definisinya yang tersendiri dan berbeza dengan kesalahan jenayah yang lain. Sebagai contoh, definisi kesalahan membunuh (dibawah s.300 KK) adalah berbeza dengan kesalahan rogol (dibawah s.375 KK) atau dengan kesalahan tipu (dibawah s.415 KK).

2. ELEMEN JENAYAH
Kebanyakan sistem undang-undang menerima kedudukan bahawa tanggungan jenayah dijustifikasikan jika seseorang melakukan perbuatan atau menyebabkan satu perbuatan yang dilarang oleh undang – undang dan perbuatan tersebut disertakan dengan keadaan minda yang boleh dipersalahkan.
Dalam undang-undang jenayah, prinsip actus non facit reum, nisi mens sit rea yang bermaksud “an act does not make a man guilty of a crime unless his mind be also guilty” adalah prinsip asas yang dipakai dalam menetapkan sama ada individu itu dapat disabit kesalahan dan dihukum atas kesalahan jenayah ataupun tidak.
Dalam kes FOWLER v PADGET (1798) 101 ER 1103 (1798), mahkamah menyatakan:
“It is a principle of natural justice, and of our law, that actus facit reum nisi mens sit rea. The intent and the act must both concur to constitute the crime.”
Satu lagi prinsip ialah acta exterior indicant interior secreta yang bermaksud ”external action shows internal secret”, iaitu niat boleh dirumuskan dari perbuatan seseorang.

Secara umumnya, prinsip ini menyatakan individu itu tidak disabitkan dengan jenayah melainkan pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah kedua-dua unsur ini iaitu:

i. Beliau menyebabkan kejadian ataupun tanggungjawab diletakkan ke atas bahunya kerana beliau sudah menyebabkan kewujudan keadaan yang dilarang oleh undang-undang jenayah iaitu actus reus.
ii. Beliau berada dalam keadaan sedar dan fikiran yang waras berhubung dengan sebab kejadian ataupun wujudnya keadaan-keadaan itu iaitu mens rea.

Perbuatan jenayah ataupun actus reus yang dilakukan tanpa kehadiran niat jahat ataupun mens rea menjejaskan liabiliti jenayah individu terbabit. Walau bagaimanapun, terdapat juga jenis perbuatan jenayah yang dikategorikan sebagai tanggungan keras atau “strict liability” yang tidak memerlukan sebarang kehadiran niat jahat dalam perlakuan jenayah.

PENGENALAN UNDANG-UNDANG JENAYAH PENGENALAN UNDANG-UNDANG JENAYAH Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 1:05:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.