HUBUNGAN SEBELUM PERKAHWINAN
HUBUNGAN PRA PERKAHWINAN
1. PENDAHULUAN
Akad nikah adalah satu tindakan yang akan
mempengaruhi keseluruhan hidup pasangan yang berakad tersebut. Segala hak dan
tanggungjawab pasangan tersebut akan terletak hak kepada mereka. Oleh itu,
sebelum akad dilafazkan maka adalah lebih baik pasangan tersebut mengambil
langkah yang berhati-hati.
Antara
langkah yang perlu diambil ialah:
1.
Memilih pasangan yang mempunyai sifat yang dituntut
2.
Melihat bakal isteri
3.
Bertunang
2. MEMILIH
CALON
Sifat – sifat yang patut dipilih
1. Agama yang sahih dan akhlak yang mantap
Calon yang dipilih mestilah beragama dan berakhlak
yang baik. Nabi SAW bersabda: “Apabila orang yang kamu redhai agama dan
akhlaknya datang meminang kepada kamu, hendaklah kamu kahwinkannya, jika kamu
tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di
atas muka bumi”. (Riwayat Tirmizi)
Sabda nabi SAW:
“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara: kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka,
utamakanlah yang ugama, selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari)
2. Keturunan
yang baik
Dalilnya ialah sebagaiman hadis di atas. Memilih
keturunan yang baik adalah penting kerana zuriat yang dilahirkan nanti juga
akan menjadi baik. Disamping, keturunan yang baik mem
punyai pergaulan yang sihat dan dihormati.
3. Tidak
berkahwin dengan saudara yang dekat
Imam Syafei menjelaskan seseorang lelaki tidak
digalakkan berkahwin dengan saudara terdekat. Tujuan perkahwinan adalah untuk menghubungkan
ikatan antara dua keluarga, sedangkan di kalangan saudara terdekat hubungan ini
sudah wujud walaupun tanpa ikatan perkahwinan tersebut. Adalah digalakkan
hubungan ini wujud di kalangan keluarga yang lebih jauh supaya dapat
mendekatkan hubungan ini.
Meskipun begitu ini bukan syarat yang utama kerana
Nabi SAW sendiri telah mengahwinkan sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib dengan
puteri baginda iaitu Fatimah. Namun ada yang menyatakan bahawa hubungan mereka
sudah menjadi anak sepupu dan sudah dianggap jauh.
4. Sekufu
Kufu
bermaksud persamaan, kelayakan atau sepadan. Kufu tidak menjadi syarat dalam
perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah
memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.
Firman Allah s.w.t. di dalam
Al-Qur'an yang bermaksud :
"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".
"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :
"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ".
"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ".
Kufu berpunca daripada lima sebab :
a. Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit
kulit.
b. Merdeka bukan hamba .
c. Keturunan.
d. Pekerjaan.
e. 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )
5. Anak
Dara (Perawan)
Perawan ialah perempuan yang masih belum berkahwin.
Sabda Nabi SAW:
“Hendaklah kamu memilih perempuan-perempuan yang
masih dara, kerana mereka lebih lembutkata-katanya,lebih mampu melahirkan anak
yang ramai,dan lebih redha dengan sedikit kesenangan.” (Riwayat Ibnu Majah).
6. Perempuan
yang subur
Ini boleh diketahui dengan melihat kepada
keluarganya seperti adik beradik perempuan dan ibu saudaranya. Sabda Nabi SAW:
“
Kahwinilah perempuan yang subur dan penyayang, kerana sesungguhnya aku akan
berbangga kepada umat-umat yang lain dengan bilangan kamu yang ramai.” (Riwayat
Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim).
Ciri-ciri bakal suami
·
Beriman dan
bertaqwa kepada Allah SWT
·
Bertanggungjawab
terhadap semua benda
·
Memiliki
akhlak-akhlak yang terpuji
·
Berilmu agama
agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
·
Tidak
berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
·
Rajin berusaha
untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan
keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
·
Beriman dan
solehah
·
Rupa paras yang
sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
·
Memiliki
akhlak-akhlak yang terpuji
·
Menentukan mas
kahwin yang rendah
·
Wanita yang
subur
·
Masih dara
·
Berasal dari
keturunan yang baik
·
Bukan keturunan
terdekat
·
Tidak memandang
harta semata-mata
Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau suami
1. Rumahtangga yang akan dibina terbentuk secara harmoni
dan saling berpuas hati
2. Lahir kasih sayang dan reda meredai antara satu sama lain
3. Supaya dapat mencari pasangan yang mulia dan
melahirkan zuriat yang mulia
3. MELIHAT BAKAL ISTERI
Melihat bakal
suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku
setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi
seorang wanita ialah muka dan
kedua-dua tangan sahaja. Lelaki tersebut boleh melihat lebih dari
sekali jika kali pertama dirasakan tidak berpuashati.
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik
(melihat tunang) dan meminang:
"Daripada Abu
Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki
yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah
melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
.4. PERTUNANGAN
Pertunangan merupakan
suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan
mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang ialah lamaran daripada
pihak lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya. Peminangan
adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan
hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan
bukan tunangan orang.
Pemberian
seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan
pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian
tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan,
namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.
Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar RA
bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang
saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan)
HUBUNGAN SEBELUM PERKAHWINAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:21:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: