APAKAH PRINSIP ACTUS REUS?
PRINSIP ACTUS REUS
Sebelum mensabitkan tertuduh dengan tanggungan jenayah, mesti wujud terlebih dahulu satu perbuatan. Tertuduh mestilah melakukan sesuatu perbuaan. Secara amnya actus reus mempunyai elemen-elemen yang telah diperuntukan di dalam elemen jenayah tersebut melainkan keadaan mental tertuduh. Sebagai contoh dalam kes pembunuhan, adalah perlu untuk membuktikan bahawa perbuatan tertuduh yang menyebabkan kematian tersebut. Oleh itu actus reus adalah perbuatan manusia yang undang-undang cuba menyekatnya.
Actus Reus ialah elemen fizikal yang perlu ada dalam membentuk
liabiliti jenayah atau tanggungan jenayah. Konsep ini membezakan elemen niat
jahat dan apa-apa akibat perbuatan ataupun tinggalan yang diperlukan oleh
definisi itu.
Ada dua jenis jenayah yang didefinisikan dalam KK:
a. Jenayah berasaskan
perbuatan (tindakan) iaitu tanggungan jenayah dikenakan keatas tertuduh atas
tindakan atau perbuatan yang melanggar undang-undang contohnya dalam kes
memiliki dadah.
b. Jenayah berasaskan
akibat iaitu tindakan tertuduh telah mengakibatkan satu perkara yang dilarang
oleh undang-undang, contohnya dalam kes bunuh.
Bagi memastikan kewujudan actus reus dalam
perbuatan jenayah, konsep perbuatan dan kesan yang terhasil daripada perbuatan
jenayah perlu dibezakan. Hal ini kerana, actus reus bukan
tertumpu kepada perbuatan semata-mata tetapi memerlukan bukti kelakuan itu
mempunyai akibat yang relevan dengan perbuatan itu.
Dalam memahami konsep akibat jenayah, undang-undang berminat dengan akibat ataupun kesan dan bukannya kelakuan yang membawa kepada akibat tersebut.
Sebagai contoh, dalam jenayah membunuh. Perbuatan A yang menikam perut dan dada B dengan pisau secara bertubi-tubi dikira sebagai jenayah. Hal ini kerana hasil tikaman itu diketahui dapat menyebabkan kematian B. Sekiranya, A hanya menikam kaki B dengan pisau, jenayah itu terhad kepada kesahan menyebabkan kecederaan parah. Secara lazimnya, tikaman sedemikian diketahui tidak menyebabkan kematian.
Dalam memahami konsep akibat jenayah, undang-undang berminat dengan akibat ataupun kesan dan bukannya kelakuan yang membawa kepada akibat tersebut.
Sebagai contoh, dalam jenayah membunuh. Perbuatan A yang menikam perut dan dada B dengan pisau secara bertubi-tubi dikira sebagai jenayah. Hal ini kerana hasil tikaman itu diketahui dapat menyebabkan kematian B. Sekiranya, A hanya menikam kaki B dengan pisau, jenayah itu terhad kepada kesahan menyebabkan kecederaan parah. Secara lazimnya, tikaman sedemikian diketahui tidak menyebabkan kematian.
Begitu juga dengan situasi apabila individu melepaskan
tembakan ke arah mangsa, tembakan itu tidak menjadi jenayah. Namun, perkara
yang menjadi jenayah adalah apabila peluru itu menembusi tubuh dan
mengakibatkan kematian mangsa.
Secara amnya actus
reus berlaku sebagai hasil sesuatu tindakan, dan kadangkala ia berlaku ia
berlaku sebagai hasil akibat dan persekitaran keadaan tindakan tersebut.
Sebagai contoh dalam kesalaan mencuri, A dikatakan mencuri apabila ia
menyalahgunakan secara tidak jujur harta seseorang yang lain. Akan tetapi jika
A menyalahguna harta yang tiada hak milik dan ditinggalkan begitu sahaja ia
tidak termasuk dalam perbuatan yang dikira sebagai actus reus.
Bagi kes konspirasi
jenayah apa yang perlu dibuktikan sebagai actus reus ialah perjanjian untuk
melakukan perbuatan yang dilarang undang-undang dan bukan melakukan perbuatan
yang salah tersebut.
Dalam kes-kes rogol
adalah perlu untuk membuktikan bahawa mangsa telah mengadakan
hubungan seks
secara tidak sukarela, dan kerelaan menjadi pemisah yang penting untuk
membuktikan bahawa tertuduh bersalah atas kesalahan rogol. Walabagaimana pun
elemen kerelaan hanya wujud dalam kes-kes rogol sahaja, kes-kes lain seperti
pembunuhan elemen ini tidak perlu dibuktikan.
Manakala dalam
kes-kes rogol statutori iaitu melakukan hubungan seks dengan perempuan berumur
bawah 16 tahun, elemen kerelaan tidak timbul. Apa yang perlu dibuktikan adalah
perbuatan tertuduh melakukan hubungan seks dengan mangsa. Itu sudah mencukupi
sebagai actus reus.
Apabila actus reus
memerlukan akibat dari satu perbuatan, adalah perlu untuk membuktikan bahawa
perbuatan yang didakwa yang telah menyebabkan semua akibat tersebut. Sebagai
contoh: dalam kes bunuh. Adalah perlu untuk membuktikan bahawa perbuatan
tertuduh yang menyebabkan kematian simati. Jika kematian kerana sebab lain
seperti kemalangan, maka kesalahan jenayah membunuh tidak wujud meskipun semua
elemen mens rea yang lain wujud.
Dalam kes R v WHITE
[1915] 2 KB 124, responden telah memasukkan ‘cynide of posassium’ kedalam
minuman ibunya yang dipanggil ‘nectar’ dengan niat untuk membunuh ibunya.
Kemudian, ibunya didapati mati dalam rumahnya sendiri dengan gelas wain yang
terisi 1/3 nectar disisinya. Doctor, semasa memberi keterangan di Mahkamah,
mengesahkan bahawa ibunya meninggal bukan kerana ‘cyanide of posassium’ tersebut
tetapi oleh sebab kegagalan jantung. Lagipun jumlah ‘cynaide’ tersebut tidak
mencukupi untuk menyebabkan ia mati. Responden telah dibebaskan dari tuduhan
membunuh tetapi disabitkan dalam kes cubaan membunuh. Dalam kes ini, walaupun
niat responden telah tercapai tetapi perbuatannya tidak mencukupi untuk
menyebabkan kematian. Oleh yang demikian, tidak wujud actus reus dalam kes ini.
Seksyen 405 KK
memperuntukan lima perbuatan yang membentuk actus reus bagi kesalahan tersebut:
Barangsiapa, yang dengan apa-apa cara telah diamanahkan
dengan harta, atau dengan apa-apa kuasa atas harta:
-
dengan curangnya menyalahgunakan harta itu atau
-
menjadikannya bagi kegunaanya sendiri,atau
-
dengan curangnya menggunakan atau melepaskan harta itu
dengan melanggar apa-apa arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana
amanah itu harus disempurnakan, atau
-
apa-apa kontrak di sisi undang-undang, yang nyata atau
disifatkan ada, yang ia telah buat mengenai penyempurnaan amanah itu, atau
-
dengan sengaja membiarkan mana-mana orang lainberbuat
demikian itu, adalah melakukan pecah amanah jenayah.
Ini adalah contoh
bagaimana actus reus perlu dibuktikan.
Ada kalanya sesuatu kesalahan boleh
dikenakan tanpa mana-mana ‘perbuatan’ dibuat. Ia tidak perlu untuk membuktikan
‘pergerakan anggota tubuh’ tetapi yang perlu dibuktikan ialah ‘persekitaran
keadaan perbuatan’. Contohnya dalam kesalahan trafik, adalah tidak sesuai untuk
memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol atau mabuk, kerana ia akan
memudaratkan diri dan pengguna jalanraya lain. Oleh itu, apabila sipesalah
minum dan mabuk, maka ia telah pun melakukan satu kesalahan memandu dalam
keadaan dipengaruhi alkohol. Kesalahan ini tidak perlu satu perbuatan secara
khusus, cukup dengan keadaan mabuk itu sendiri. Itu adalah actus reus.
Begitu juga dalam kes ketinggalan
(omission) seperti dalam kes R v NICHOLSS (1874) 13 Cox cc 75 seorang nenek
didapati bersalah dimana actus reusnya ialah tidak memberikan makan kepada
cucunya yang menyebabkan cucunya mati. Dalam kes Q v SEMOR [1895] 1 QB 283
seorang bapa didapati bersalah atas kesalahan membunuh kerana enggan memberi
rawatan perubatan kepada anak lelakinya dimana akibat keengganan tersebut
anaknya telah meninggal dunia.
APAKAH PRINSIP ACTUS REUS?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:27:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: