PRINSIP MENS REA
PRINSIP MENS REA
Elemen kedua yang perlu ada bagi mewujudkan tanggungan atau liabiliti jenayah adalah niat jahat atau mens rea. Actus reus menjadi jenayah apabila disertai mens rea yang sesuai dengannya. Secara literal, mens rea bermaksud minda yang bersalah, tetapi konsep sebenarnya adalah lebih luas lagi. Mungkin ada mens rea tetapi tidak wujud minda yang bersalah atau tidak perasaan bersalah atas apa yang dilakukan.
Mens rea digambarkan oleh Glanville Williams sebagai satu elemen
mental yang diperlukan bagi sesuatu jenayah. Elemen mental ini boleh jadi dalam
bentuk niat bagi melakukan satu perbuatan atau bagi menghasilkan satu kesan,
dan boleh jadi juga dalam bentuk kecuaian sehingga terhasil perbuatan ataupun
kesan itu.
Seksyen 299 KK telah
menetapkan konsep mematikan orang dengan sengaja (cupable homicide) iaitu:
- dengan niat menyebabkan kematian, atau
- dengan niat menyebabkan
kecederaan badan yang seperti menyebabkan kematian, atau
-
dengan pengetahuan bahawa seperti dengan tindakan tersebut menyebabkan kematian
Perkataan
‘dengan niat’ dan ‘pengetahuan’ dalam seksyen di atas adalah jelas menunjukkan
kehadiran satu keadaan minda positif dan ia satu keperluan mens rea yang
diperlukan untuk membentuk kesalahan tersebut.
Peruntukan-peruntukan
yang serupa terdapat di dalam seksyen-seksyen berikut:
Seksyen 142
Barangsiapa,
yang mengetahui akan hal-hal yang menjadikan sesuatu perhimpunan suatu
perhimpunan yang menyalahi undang-undang, dengan sengaja masuk perhimpunan itu,
atau masih berada di dalamnya, adalah dikatakan menjadi seorang anggota suatu
perhimpunan yang menyalahai undang-undang.
Seksyen 275
Barangsiapa,
yang mengetahui apa-apa dadah atau ubatan telah dicampur dengan benda yang
kurang baik secara yang mengurangkan mujarabnya, mengubah kuasanya, atau
menjadikannya berbahaya, menjualnya atau menawar atau menunujukkannya untuk
jualan........
Seksyen 304A
Barangsiapa
menyebabkan kematian seserang dengan melakukan apa-apa perbuatan gopoh atau
cuai yang tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah, hendaklah
disiksa ....
Seksyen 378
Barang
siapa yang bermaksud hendak mengambil dengan curangnya apa-apa hartaalih
daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu,menggerakkan
harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya, adalah dikata melakukan kesalahan
mencuri.
Perkataan
lain yang digunakan oleh KK bagi menggambarkan “state of mind’ ialah:
a. Dengan sengaja (voluntarily) dibawah s.377mengenai
kesalahan luar tabiat.
b. Memperdayakan (fraudulently /
dishonestly) dibawah s.415mengenai kesalahan tipu.
c. Dengan buasnya (wantongly) dibawah s.153
mengenai kesalahan dengan buasnya mendatangkan bangkitan marah dengan niat menyebabkan
rusuhan.
d. Dengan jahatnya (malignantly) dibawah s.270
mengenai kesalahan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa
penyakit berbahaya kepada nyawa.
e. Secara tak jujur atau jahatnya (corruptly
and maliciously) dibawah s.219 dan s.220. Seksyen 219 mengenai kesalahan
penjawat awam dalam pembicaraan kehakiman suatu perintah menjatuhkan hukuman
berlawanan dengan undang-undang. Manakla s.220 mengenai hukuman supaya
dibicarakan di Mahkamh Tinggi tetapi melakukan perbuatan yang berlawanan dengan
undang-undang.
Dalam kes PP v. CHONG CHAI, [2006] 3 MLJ 612 mens rea adalah merujuk kepada niat yang berupa elemen mental dan tidak dapat dibuktikan secara nyata. Tidak hairanlah jika sekiranya perkara ini kelihatan mustahil mendapatkan keterangan secara nyata bagi membuktikan niat individu. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat disimpulkan daripada keterangan yang tidak nyata dengan merujuk kepada fakta kes dan keadaan persekitaran pada masa kejadian itu berlaku.
Menurut kes Tham Kai Yau v. PP, niat ialah keadaan mental individu yang dapat disimpulkan berdasarkan perbuatan individu itu. Niat membunuh dapat disimpulkan daripada keadaan kecederaan yang ditanggung oleh mangsa. Sudah menjadi tugas dan tanggungjawab hakim bagi membuat tafsiaran berkaitan niat tertuduh berdasarkan fakta kes yang dibentangkan di hadapannya.
Dalam kes Tan Buck Tee v. PP, [1961] 1 MLJ 176 menjelaskan dalam kes-kes pembunuhan, persoalan perihal niat tertuduh ketika melakukan pembunuhan adalah sangat penting.
Bagi mengenal pasti niat penjenayah, bentuk perbuatan, tahap keseriusan, dan sasaran perbuatan jenayah dapat memberi gambaran maksud yang mahu dicapai olehnya.
Sebagai contoh dalam kesalahan mematikan orang, tikaman dan bahagian anggota tubuh yang ditikam dapat memberi gambaran niat pembunuh, sama ada mahu mangsanya mati ataupun hanya mahu mencederakannya sahaja. Apabila seseorang tertuduh menikam senjata tajam ke bahagian perut seseorang dengan kekuatan yang mencukupi bagi menembusi perut dan organ dalaman, tidak syak lagi beliau sebenarnya berniat menyebabkan kecederaaan yang pada kebiasaannya boleh membawa maut.
PRINSIP MENS REA
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:49:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: