APA ITU PENYELIDIKAN PEMASARAN?
PENYELIDIKAN PEMASARAN
Penyelidikan
pemasaran merupakan satu proses mereka bentuk, mengumpul, menganalisis dan
melaporkan data yang relevan secara sistematik tentang situasi pemasaran
spesifik yang dihadapi oleh organisasi.
Setiap
organisasi memerlukan penyelidikan pemasaran untuk membantu pengurusan membuat
keputusan keputusan pemasaran yang lebih tepat dan berkesan. Penyelidikan
pemasaran melibatkan pelbagai aktiviti yang penting. Antaranya ialah
menjalankan kajian ke atas potensi pemasaran dan syer pasaran, membuat
penilaian berhubung dengan kepuasan pengguna dan gelagat pembelian serta
membuat kajian tentang campuran pemasaran.
Kepentingan
Penyelidikan Pemasaran
1.
Mengenal Pasti Pasaran Sasaran
Penyelidikan
pemasaran membekalkan semua maklumat yang berkaitan dengan pengguna di pasaran
seperti umur, jantina, pendapatan, corak pembelian dan sebagainya. Ini akan
membantu pemasar memberika tumpuan kepada pasaran sasaran tertentu dengan
menawarakan barang dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan pengguna.
2.
Menentukan Keputusan Pemasaran Strategi
Maklumat
penyelidikan pemasaran dapat menyediakan satu garis panduan kepada pemasar
untuk menganalisis potensi sesuatu produk baharu sebelum dipasarkan di pasaran.
Pemasar boleh membentuk satu strategi pemasaran yang berkesan apabila ingin
memperkenalkan satu produk baharu kepada pengguna.
3.
Meningkatkan Jualan Dan Keuntungan Syarikat
Melauli
penyelidikan pemasaran, pemasar dapat memahami keperluan dan kehendak pengguna
secara lebih mendalam. Ini akan member peluang kepada pemasar mengeluarkan
produk yang benar-benar dapat memenuhi kehendak pengguna dan menjadikannya
lebih menarik. Seterusnya saiz jualan akan meningkat dan keuntungan juga akan
meningkat.
4.
Meningkatkan Daya Saing Dalam Pasaran
Penyelidikan
pemasaran juga membolehkan pemasar lebih memahami kaedah operasi dan strategi
pemasaran yang digunakan oleh pesaing mereka. Melalui penyelidikan ini pemasar
dapat mereka bentuk startegi yang berdaya saing dan mampu mengatasi pesaing
bagi mengekalkan kedudukan dalam pasaran.
5.
Menangani Ketidakpastian Persekitaran Perniagaan
Penyelidikan
pemasaran boleh membantu pemasar membuat ramalan atau unjuran yang lebih tepat
tentang corak perbelanjaan pengguna, pola jualan produk serta keadaan ekonomi
dan pasaran.
APA ITU PENYELIDIKAN PEMASARAN?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
2:06:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: