SSPN-i Plus

MEMAHAMI AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (BHG 3)



4. PELAKSANAAN AKTA

Akta ini telah diwartakan pada 9 Februari 2012. Beberapa pihak telah mengeluarkan reaksi agar ia beberapa peruntukan yang dianggap terlalu mehyekat kebebasan dan memberi lebih banyak kuasa kepada polis dipinda. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam kenyataannya bertarikh 25 November 2012 menegaskan bahawa beberapa peruntukan harus dipinda dan mereka menegaskan juga bahwa hendaklah ada imbangan antara syarat dan kepentingan yang diletakkan dengan hak kebebasan berhimpun sepertimana yang termaktub dibawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20 Perisytiharan Sejagat Hak asasi Manusia. Antara saranan tersebut ialah membuat peruntukan yang lebih jelas antara ‘perhimpunan’ dan ‘protes jalanan’, menurunkan had umur dari 15 tahun kepada had umur yang lebih rendah selaras dengan obligasi perjanjian dibawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
Dalam kes yang melibatkan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau telah dituduh dibawah Akta dan boleh dihukum dibawah seksyen 9(5) Akta kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada kira-kira jam 8.30 malam 8 Mei 2013. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam agar tuduhan ke atas beliau digugurkan tetapi Mahkamah telak menolak permohonanya pada 1 November 2013. Beliau kemudiannya merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kes ini didengar dihadapan panel tiga orang hakim iaitu: Datuk Mohamad Arif Md. Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer.
Mengikut Mohamad Arif, seksyen 9(1) Akta itu adalah sah di sisi Perlembagaan. Jelasnya lagi, bukan tugas atau peranan mahkamah memberi pandangannya mengenai panjang pendek tempoh notis yang wajar diberi.
Bagaimanapun, seksyen 9(5) yang me­ngenakan hukuman denda maksimum itu menimbulkan sedikit masalah konseptual. Hakim itu selanjutnya menegaskan pihak penganjur perhimpunan awam mesti memberi notis 10 hari itu, tetapi hukuman denda berkenaan tidak boleh dikuatkuasakan".
Hakim itu menjelaskan bahawa tiada peruntukan dalam akta itu yang menyatakan satu perhimpunan aman boleh bertukar sifat menjadi tidak sah (perhimpunan haram) sekiranya notis yang disebutkan itu tidak diberi kepada pihak berkenaan.
Hakim Datuk Mah Weng Kwai pula berkata bahawa keperluan penganjur memberi notis 10 hari di bawah seksyen 9(1) itu adalah tidak sepadan" (disproportionate). Tambahan pula, perhimpunan berkenaan telah berjalan secara aman dan tidak mendatangkan apa-apa mudarat.
Oleh demikian, adalah tidak konsisten" untuk penganjur dihukum di bawah sek­syen 9(5) itu. Hakim itu menyatakan bahawa keperluan penganjur memberi notis 10 hari di bawah seksyen 9(1) telah menjadikan kebebasan me­ngadakan perhimpunan secara spontan dan segera" tidak bermakna langsung.
Weng Kwai juga menyatakan bahawa perhimpunan berkenaan bukan satu perarakan jalanan" dan tidak menggugat aktiviti harian serta tidak menyebabkan apa-apa kesesakan lalu lintas. Apa pun, kepen­tingan mereka yang berhimpun secara aman itu sewajarnya me­ngatasi kepentingan pengguna kenderaan.
Hakim ketiga, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer, menyatakan bahawa hak berhimpun dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, dan hak ini tidak boleh di­sekat dengan pertuduhan jenayah sekiranya perhimpunan itu aman.
Mahkamah diberi kuasa mengisytiharkan apa-apa undang-undang sebagai tidak sah dan batal sekiranya ia berten­tangan dengan Perlembagaan Persekutuan", tegasnya lagi.
Sambil menyatakan dia sependapat de­ngan Hakim Mohamad Arif bahawa Akta 736 itu tidak mengandungi apa-apa peruntukan menghukum (penal sanctions) sekiranya sesuatu perhimpunan itu berjalan de­ngan aman, Hakim Hamid menegaskan bahawa undang-undang negara ini mestilah konsisten dengan undang-undang antarabangsa yang Malaysia ada menjadi signatori kepadanya.
Kesimpulannya, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa rayuan perayu (Nik Nazmi) untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam diluluskan. Oleh yang demikian, Nik Nazmi (perayu) berjaya membatalkan pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

5. PENUTUP

Perubahan ketara antara sebelum dan selepas wujudnya Akta ini ialah hak untuk berhimpun lebih terjamin di sisi undang-undang. Walaubagaimanapun, cadangan-cadangan contohnya dari SUHAKAM perlu diambilkira untuk penambahbaikan. Manakala, akibat dari keputusan kes Nik Nazmi masih belum ada tindakan dari pihak penggubal undang-undang.   
MEMAHAMI AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (BHG 3) MEMAHAMI AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (BHG 3) Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 1:10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.