MEMAHAMI PASARAN KEWANGAN
PASARAN KEWANGAN
Peranan
utama pasaran kewangan ialah memudahkan proses pemindahan dana daripada entity
yang mempunyai lebihan dana kepada entity yang memerlukan dana. Dua pasaran
yang utama ialah pasaran wang dan pasaran modal.
Urusniaga
yang bersifat jangka pendek diniagakan di pasaran wang manakala instrument
kewangan yang bersifat jangka panjang
diniagakan di pasaran modal. Secara amnya,setiap pasaran akan menjalankan
urusniaga instrumen kewangan yang berlainan dari segi tempoh matang dan
sandaran asetnya.
PASARAN
WANG
Pasaran
wang melibatkan penjualan dan pembelian sekuriti pinjaman jangka pendek iaitu
kurang daripada satu tahun. Biasanya instrument kewangan ini mempunyai risiko
mungkir yang rendah. Instrument-instrumen kewangan ini mudah ditebus balik dan
nilainya tidak banyak berubah apabila ia sampai tempoh. Tambahan pula,
kebanyakan asset ini tidak memerlukan sandaran disebabkan risiko mungkirnya
rendah. Antara sekuriti yang diniagakan dalam pasaran ini ialah:
Bil
Perbendaharaan (treasury bill)
Instrument
ini merupakan sekuriti jangka pendek yang diterbitkan oleh pihak kerajaan
sesebuah Negara. Ia mempunyai tempoh matang antara tiga bulan hingga satu
tahun. Kadar faedahnya tidak dinyatakan tetapi ia dijual pada kadar diskaun dan
ditebus kembali pada nilai muka.
Kertas
Perdagangan (commercial paper)
Ia
adalah satu nota janji yang diterbitkan oleh syarikat berskala besar yang
mempunyai rekod dan kredit yang teguh. Tempoh matang bagi instrument ini ialah
antara 27 hari hingga enam bulan, dan ia dijual pada nilai diskaun dan ditebus
kembali pada nilai muka.
Penerimaan
Jurubank (Banker’s acceptance)
Ia
merupakan kemudahan yang disalurkan kepada pengusaha-pengusaha industry import
dan eksport. Tujuannya adalah untuk memberikan jaminan urusan perniagaan di
antara pembeli dan penjual oleh pihak bank yang dilantik oleh pembeli.
PASARAN
MODAL
Pasaran
modal merupakan pasaran yang melibatkan penjualan dan embelian sekuriti jangka
panjang. Hayat sekuriti ialah melebihi satu tahun. Sekuriti jenis ini mempunyai
risiko mungkir yang tinggi kerana tempoh matangnya adalah lama. Dari segi
pulangan pula, pemegang-pemegang sekuriti jenis ini menerima faedah atau
dividen ke atas sekuriti yang dipegang oleh mereka. Antara sekuriti yang
diniagakan di dalam pasaran ini ialah:
Bon
Bon
merupakan sejenis perjanjian jangka panjang diantara penerbit bon dan pembeli
bon. Penerbit bon berjanji untuk membayar faedah dalam tempoh yang ditetapkan
dan nilai principal bon tersebut pada tarikh matang pemegangangannya. Sekuriti
ini juga dikenali sebagai sekuriti berpendapatan tetap, yang mana pembayaran
faedah kepada pemegang bon adalah tetap sepanjang tempoh pemegangangnya.
Secara
amnya, pelaburan bon adalah sama seperti simpanan tetap (fixed deposit) kerana
penyimpan akan menerima faedah yang sama untuk jangka masa yang telah
ditetapkan. Bagaimanapun, bon boleh dipindahmilik walaupun belum mencapai
tempoh matang tetapi simpanan tetap memerlukan tamat tempoh matang untuk
membuat pelaburan semula.
Saham
Biasa
Saham
biasa merupakan elemen di bawah bahagian ekuiti di dalam kunci kira-kira.
Ekuiti merupakan milikan kepentingan seseorang di dalam sesuatu syarikat.
Pemegang-pemegang saham biasa merupakan pemilik syarikat yang mana mereka ini
diberi kuasa mengundi dan mempengaruhi ahli lembaga pengarah syarikat.
Keuntungan pemegang saham dibayar melalui dividend an nilainya akan
berubah-ubah berdasarkan kedudukan kewangan syarikat. Apabila seseorang itu
menjual sahamnya, maka haknya pemegang saham akan tamat.
Saham
Keutamaan
Saham
keutamaan ialah kacukan antara saham biasa dan bon. Ia adalah kepentingan yang
dimiliki oleh seseorang didalam syarikat dan keuntungannya dibayar dalam bentuk
dividen (sama seperti saham biasa). Akan tetapi pemegang saham keutamaan tidak
ada hak untuk mengundi dan kadar bayaran dividen mereka pula adalah tetap. Apa
yang menjadi keutamaan ialah mengenai pembayaran dividen. Pemegang saham
keutamaan akan dibayar terlebih dahulu dari saham biasa. Jika pada tahun
tersebut tidak boleh dibayar (syarikat rugi), dividen kepada pemegang saham
keutamaan akan dikira sebagai hutang dan perlu dibayar apabila syarikat
mendapat keuntungan tetapi bagi saham biasa tidak perlu dibayar.
JENIS-JENIS
PASARAN
Pasaran
asset fizikal/ asset kewangan
Ia
melibatkan asset yang mempunyai bentuk fizikal seperti tanah, bangunan,
kenderaan, mesin dan sebagainya. Pasaran asset kewangan pula melibatkan asset
kewangan seperti saham, bon, nota perjanjian dan sebagainya.
Pasaran
Semerta
Ia
merupakan pasaran yang menjual atau membeli instrument kewangan, dan masa
penghantaran atau penerimaan berlaku dalam masa yang singkat (dua atau tiga
hari sahaja).
Pasaran
Hadapan
Penghantaran
bagi asset yang diurusniagakan dibuat pada masa hadapan, iaitu pada satu tarikh
tertentu seperti enam bulan atau satu tahun.
Pasaran
Gadai Janji
Ia
melibatkan pinjaman yang membolehkan pemberi pinjaman mempunyai hak tuntutan
atau simpanan ke atas harta yang dicagarkan sekiranya bayaran pinjaman gagal
dijelaskan.
Pasaran
Primer Dan Sekunder
Pasaran
primer atau pasaran utama merupakan pasaran yang melibatkan penjualan dan
pembelian saham baru oleh syarikat untuk mendapatkan dana. Pasaran sekunder
pula merupakan pasaran peringkat kedua yang melibatkan penjualan dan pembelian
sekuriti yang telah diterbitkan sebelum ini.
Ini
bermakna langganan pertama yang dibuat oleh pelabur berlaku dalam pasaran
primer, manakala urusan jual beli seterusnya dilakukan dalam pasaran sekunder.
Kebanyakan bursa saham merupakan pasaran sekunder.
BENTUK
PEMINDAHAN DANA
Terdapat
tiga jenis pemindahan dana daripada pihak penyimpan kepada pihak yang
memerlukan dana iaitu: pemindahan dana secara langsung, pemindahan dana melalui
firma pelaburan, pemindahan dana melalui institusi pertengahan
Pemindahan
Dana Secara Langsung
Pemindahan
dana ini tidak melibatkan pihak perantara. Pemberi pinjaman berinteraksi secara
terus dengan pihak peminjam. Pemindahan secara langsung ini dapat menjimatkan
kos dari segi yuran atau caj, iaitu tidak ada bayaran lain yang perlu
dikeluarkan oleh peminjam dan pemberi pinjaman. Meskipun begitu kaedah ini
mempunyai banyak kelemahan seperti melibatkan kos pencarian,pemantauan
pinjaman, risiko mungkir yang tinggi dan kos tindakan undang-undang yang akan
ditanggung oleh pemebri pinjaman.
Pemindahan
Dana Melalui Firma Pelaburan
Pemindahan
dana ini menggunakan pihak pengantara, seperti bank saudagar, dalam membantu
penerbitan sekuriti sesebuah syarikat. Syarikat yang menerbitkan sekuriti
tersebut akan menjualnya kepada bank saudagar. Bank saudagar akan menjualnya
kepada pelabur. Risiko kebolehpasaran akan ditanggung oleh abnk saudagar
tersebut.
Pemindahan
Dana Melalui Institusi Pertengahan
Secara
amnya, pemindahan dana ini melibatkan
institusi pertengahan atau perantara dalam menyalurkan unit yang mempunyai lebihan dana dengan unit yang
memerlukan dana. Institusi ini akan mendapatkan dana daripada unit yang
mempunyai lebihan dana sebagai simpanan di dalam institusi tersebut. Penyimpan
akan diberikan sekuriti atau jaminan ke atas simpanan mereka oleh institusi
tersebut. Hasil daripada kutipan atau simpanan dana tersebut, institusi ini
akan membeli dan memegang sekuriti syarikat-syarikat yang mereka jangkakan
mampu untuk memperoleh keuntungan. Perantara kewangan atau institusi
pertengahan ini terdiri daripada bank perdagangan, bank saudagar, syarikat
insurans, syarikat kewanagn dan institusi pelaburan lain.
MEMAHAMI PASARAN KEWANGAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:32:00 PG
Rating:

TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)
BalasPadamAdakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita? Adakah anda dalam apa-apa tekanan kewangan? adakah anda perlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapannya di sini, Firma Pinjaman Matilda Blake adalah jawapannya. Kami menawarkan;
a) Pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
b) Permulaan dan pendidikan perniagaan.
c) Penyatuan hutang.
d) Pinjaman Keras Wang.
Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga tempoh yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan wang yang anda perlukan. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui Email: matildablakeloanfirm@gmail.com