MUDAH KE NAK AMBIL PEKERJA?
PENGAMBILAN
SUMBER MANUSIA
Merekrut
Pengrekrutan
ialah proses mencari atau mendapatkan serta menggalakkan individu yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Ia bertujuan untuk membolehkan
pengurus memilih calon terbaik daripada sekumpulan calon yang memohon sesuatu
jawatan.
Sumber
pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan luaran. Pengrekrutan sumber
dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan kenyataan, risalah
organisasi atau e-mel, pencalonan daripada pengurus dan penyelia serta rujukan
pekerja.
Pengrekrutan
sumber luaran pula boleh dibuat melalui:
- Pengiklanan
jawatan kosong di surat khabar, majalah, radio, televisyen dan internet.
- Agensi
pekerjaan swasta dan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia
- Permohonan
sendiri oleh calon dengan menulis surat pertanyaan
- Institusi
pengajian tinggi semasa hari kerjaya dan pengrekrutan kampus
- Rujukan
pihak tertentu
Tindakan
menarik minat:
- Iklan
– kaedah ini digunakan untuk menarik pekerja dari luar.
- Head-hunting
– firma yang membantu organisasi mencari pekerja yang sesuai dengan pekerjaan
yang ditawarkan. Biasanya untuk jawatan professional atau jawatan utama
organisasi.
- Walk-in
– calon boleh menghadiri temuduga yang diadakan di sesuatu tempat
Pemilihan
Pemilihan
merupakan satu proses menilai dan memilih calon paling layak untuk mengisi
kekosongan jawatan.
Proses
pemilihan melibatkan proses atau langkah seperti berikut:
1. Mengisi Borang
Permohonan
Calon yang memohon sesuatu
jawatan perlu terlebih dahulu mengisi borang permohonan. Sesetengah organisasi
memerlukan pemohon menghantar curriculum vitae (cv)/resume.
Borang permohonan dapat
digunakan untuk:
i.
Mendapatkan maklumat tentang latarbelakang dan kelayakan calon
seperti butir peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman kerja.
ii.
Memastikan maklumat yang dikemukakan oleh calon selaras dengan
huraian kerja
iii.
Sebagai sumber rujukan untuk keperluan organisasi sekiranya calon
diambil bekerja.
2. Semakan rujukan
Semakan rujukan dilakukan
dengan menghubungi perujuk yang diberi oleh calon untuk mengesahkan maklumat
yang diberi dalam borang permohonan. Perujuk boleh terdiri dari penyelia di
organisasi lama atau bekas tenaga pengajar yang mengenali calon.
3. Temuduga
Merupakan kaedah pemilihan
yang biasanya dilakukan oleh organisasi secara bersemuka antara calon dan
majikan. Tujuan temuduga dijalankan adalah untuk menguji kemahiran komunikasi, melihat
penampilan diri pemohon dan mendapatkan maklumat tambahan pemohon yang tiada
dalam borang permohonan.
Temuduga boleh dilakukan
dengan beberapa cara, iaitu:
i. Temuduga
berstruktur – soalan yang standard untuk semua calon
ii. Temuduga tidak
berstruktur – soalan lebih terbuka dan subjektif
iii. Temuduga
situasi – calon diberi satu situasi dan dikehendaki member maklum balas
terhadap situasi tersebut
iv. Temuduga panel –
temuduga dijalankan oleh sekumpulan panel iaitu beberapa orang penemuduga
v. Temuduga
berkomputer – calon diuji dengan satu set soalan melalui komputer
Ujian Penilaian
Ujian penilaian
dijalankan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dengan mengukur
kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mental serta fizikal calon. Antara ujian
yang dijalankan ialah:
- Ujian
prestasi – untuk menentukan keupayaan sebenar pemohon seperti ujian
menaip, memandu, penggunaan mesin dan komputer
- Ujian
keupayaan kognitif (mental)
- Ujian
poligraf (pengesan bohong)
- Ujian
perwatakan (intergriti)
- Ujian
keupayaan fizikal
Penawaran Kerja
Tawaran kerja
akan dibuat kepada calon yang layak setelah pemilihan dibuat melalui surat
rasmi atau panggilan telefon. Calon perlu mengesah sama ada menerima tawaran
kerja tersebut atau tidak dalam satu tempoh yang ditetapkan.
Jika calon
menerima tawaran kerja tersebut, surat tawaran kerja yang mengandungi
syarat-syarat perkhidmatan akan dihantar. Syarat-syarat ini akan menjadi satu
kontrak pekerjaaan yang dikenali sebagai ‘kontrak perkhidmatan’ atau ‘contract
of service’. Undang-undang mengenai pekerjaan hanya akan mengiktiraf pekerja
yang ada kontrak perkhidmatan dalam menentukan hak dan tanggungjawab mereka.
Antara
syarat-syarat tersebut ialah:
- Jawatan
yang ditawarkan
- Tarikh
mula bekerja
- Gaji
- Faedah-faedah
sampingan
- Waktu
dan tempat bekerja
- Peraturan
dan syarat kerja
- Caruman
KWSP dan PERKESO
- Cuti
tahunan dan cuti sakit
Induksi
Induksi adalah
satu program orientasi untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja baharu
supaya mereka dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja
baharu dalam organisasi.
Tujuan Program
Induksi:
- Mengurangkan
perasaan cemas dan bimbang di kalangan pekerja baharu serta memberi
keselesaan kepada mereka.
- Membolehkan
pekerja baharu menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan.
- Memupuk
perhubungan yang mesra dengan pekrja lain dalam organisasi.
- Meningkatkan
keyakinan bekerja dan membentuk tanggapan positif terhadap organisasi.
Kandungan Program
Induksi
- Latabelakang
organisasi seperti struktur organisasi, polisi dan peraturan, sejarah,
budaya dan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi.
- Spesifikasi
tugas dan tanggungjawab utama serta hubungan dengan tugas-tugas bahagian
lain
- Ganjaran
dan faedah seperti bonus, elaun kerja lebih masa, faedah-faedah seperti
perubatan, cuti bersalin dan sebagainya.
- Pengenalan
kepada rakan kerja, penyelia, ketua jabatan dan pengurus atasan.
Pelaksanaan
program dan masalahnya
Masalah yang
timbul biasanya melibatkan kecekapan kakitangan atau pegawai yang mengendalikan
program, kos yang tinggi dan kerjasama dari pihak pengurus atasan.
Perkara ini
boleh diatasi dengan menempatkan pegawai yang khusus dan terlatih ataupun
mendapatkan khidmat pakar dari luar untuk mengendalikan program induksi.
Pengurus atasan biasanya sukar melepaskan kakitangannya untuk menghadiri
program induksi kerana kekurangan sumber untuk mengendalikan tugasan yang telah
diatur. Hal ini boleh diatasi dengan mengadakan induksi sebelum kakitangan baru
memulakan tugas atau menghadkan tugasan kakitangan tersebut sehinggalah ia
telah menjalani latihan induksi.
Masalah kos
juga boleh diatasi dengan cara seperti membuat program berdasarkan modular.
Apabila ia melibatkan kandungan modul yang bersifat umum mengenai organisasi
seperti latarbelakang, carta organisasi dan ganjaran ia diadakan bersama-sama
jabatan lain, tetapi apabila melibatkan spesifikasi tugas ia diadakan
berasingan di tempat kerja mereka pad waktu bekerja. Ini boleh menijmatkan kos
makan, penginapan, pengankutan dan jurulatih.
MUDAH KE NAK AMBIL PEKERJA?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
1:59:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: