PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN
1. PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan
kewangan? Sebenarnya soalan ringkas ini sukar diberikan jawapan yang
benar-benar tepat kerana definisi kewangan itu sendiri adalah pelbagai.
Ahli-ahli ekonomi menyatakan bahawa
satu nilai aset berdasarkan aliran tunai pada masa depan yang ia akan
berikan dan akauntan akan menyediakan
maklumat yang seakan-akan sama saiz aliran tunai tersebut. Kewangan akan muncul ditengah-tengah dan diluar
antara kedua-dua bidang tersebut, jadi, mereka yang terlibat dalam bidang
kewangan juga mesti mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi dan perakaunan.
Pada amnya kewangan meliputi tiga
bidang utama iaitu:
a.
Pengurusan kewangan atau kewangan
korporat – focus
kepada keputusan-keputusan berapa banyak dan jenis aset yang perlu dimiliki,
bagaimana meningkatkan modal yang diperlukan untuk membeli aset dan bagaimana
menjalankan syarikat bagi memaksimakan keuntungan.
b.
Pasaran modal – berkait dengan pasaran dimana kadar
faedah, harga saham dan bon ditentukan. Ia juga berkait dengan institusi
kewangan dan broker saham, bank dan bank peaburan serta institusi yang berkait
dengannya.
c.
Pelaburan – berkait dengan saham dan bon
termasuk analisa sekuriti, teori portfolio dan analisa pasaran.
2. KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN
Mengapa pengurusan kewangan itu
penting? Ini adalah soalan asas yang perlu dijawab oleh setiap
mereka yang belajar atau beramal sebagai pengurus kewangan. Tiada siapa yang
akan menafikan bahawa wang itu penting dan peranan wang dalam kehidupan
seseorang adalah amat berkesan.
Secara peribadi apakah kegunaan wang
kepada seseorang? Ia digunakan untuk membeli keperluan, membayar pelbagai jenis
bil utiliti, membayar pelbagai perkhidmatan yang dilanggani oleh seseorang
individu. Dari mana pula datangnya wang ini, sebahagian besar adalah dari gaji
atau upah pekerjaan ataupun dari keuntungan sesuatu perniagaan. Hanya jumlah
yang kecil yang memperolehi wang dari sumbangan seperti hadiah, bantuan atau
pusaka. Pendapatan dan perbelanjaan
mestilah diuruskan dengan betul agar individu tersebut tidak terjerat dengan
masalah kewangan iaitu apabila perbelanjaan melebihi pendapatan. Selain
perbelanjaan, sebahagian dari pendapatan juga digunakan untuk simpanan dan
pelaburan. Itulah gambaran asas pengurusan kewangan.
Berdasarkan asas pengurusan kewangan
tersebut adalah jelas bahawa kepentingan pengurusan kewangan bukan terhad ke
atas pengurus kewangan sahaja, malah setiap individu dan dalam konteks
perniagaan ia adalah tanggungjawab setiap jabatan atau fungsi pengurusan.
Sebagai contoh bahagian operasi teknikal perlu mengetahui pengurusan kewangan
bagi menguruskan keperluan kewangan pembelian alat kelengkapan, bahan mentah
dan sumber manusia dengan mengambil kira jangkaan pendapatan yang akan
diperolehi. Bagi para pelajar, tidak kira mereka belajar dalam bidang pengajian
yang mana, tetapi mereka juga perlu mengetahui pengurusan kewangan untuk
melengkapkan kemahiran mereka .
Secara amnya terdapat lima sebab
mengapa seseorang itu perlu belajar pengurusan kewangan, iaitu:
a. Menguruskan sumber pendapatan
b. Berurusan dengan dunia perniagaan
c. Memperolehi pekerjaan yang menarik
d. Memberi kuasa pemilihan kepada
masyarakat
e.
Mengembangkan
daya pemikiran
Pengetahuan pengurusan kewangan
bertujuan untuk membantu individu atau organisasi membuat keputusan pelaburan, keputusan
pembiayaan dan pengurusan aset.
3. KLASIFIKASI KEPUTUSAN PENGURUSAN
KEWANGAN
Pengurus kewangan mempunyai
tanggunjawab dalam tiga bidang yang penting iaitu: keputusan pelaburan,
keputusan pembiayaan dan keputusan dividen.
Keputusan Pelaburan
Keputusan pelaburan berkait rapat
dengan aset (aset semasa dan aset tetap) dalam penyata kunci kira-kira. Antara
keputusan yang terlibat ialah sama ada syarikat perlu melabur di dalam
inventori, akaun belum terima atau sekuriti boleh pasar (aset semasa) bagi
memastikan tidak berlakunya pembaziran dana. Pelaburan dalam aset tetap juga
perlu diberi pertimbangan bagi memastikan aset tetap tidak terbiar.
Keputusan Pembiayaan
Keputusan pembiayaan pula melibatkan
bahagian akaun liability dan ekuiti dalam penyata kira-kira. Apa yang perlu
diputuskan ialah dri mana sumber kewangan boleh diperolehi. Ia akan melibatkan
penerbitan saham yang kan dilanggan oleh pemegang-pemegang saham atau
mendapatkan pinjaman. Penerbitan saham akan menambah pemegang-pemegang saham
dalam syarikat dan perlu bijak mengendalikan mereka supaya matlamat syarikat
tidak terjejas. Contohnya pemegang saham akan membuat undi yang bertentangan
dengan kehendak pengurusan juga perlu mengendalikan bayaran dividen yang
setimpal dengan pelaburan mereka. Manakala Pinjaman akan mengurangkan
keuntungan dan meningkatkan belanja faedah. Keputusan yang tepat adalah penting
bagi mengelakan syarikat terjerumus ke dalam kancah krisis kewangan.
Keputusan Dividen
Dividen ialah keuntungan yang dibayar
kepada pemegang saham dalam syarikat. Keputusan ini penting kerana ia akan
memberi impak kepada pemegang saham dan akan mempengaruhi harga saham.
Keputusan yang dibuat adalah untuk menentukan jumlah atau nisbah dividen kepada
pemegang saham. Ia juga berkait dengan peraturan pembayaran dividen yang telah
ditetapkan oleh syarikat. Isu akanmenjadi lebih rumit jika terdapat lebih dari
satu kelas pemegang saham.
4. MATLAMAT SYARIKAT
Matlamat sesuatu organisasi perniagaan
adalah untuk memaksimumkan keuntungan, mengurangkan perbelanjaan dan
memaksimumkan pasaran saham mereka.
Memaksimumkan keuntungan adalah matlamat
utama syarikat dengan membuat lebih banyak wang dan mengekalkannya. Keuntungan
diukur dari nisbah margin keuntungan yang diperolehi oleh syarikat setelah
mendapat jumlah hasil jualan. Ada tiga jenis margin yang digunakan iaitu:
margin untung kasar, margin operasi dan margin untung bersih.
Syarikat menggunakan kawalan kos bagi
mengurangkan perbelanjaan mereka dengan mengenal pasti dan menilai semula
perbelanjaan yang samada kos tersebut adalah munsabah dan mampu memberi
keuntungan. Untuk mendapat keuntungan yang maksimum, syarikat bukan sahaja
memerlukan pendapatan yang banyak tetapi juga mengurangkan kos dengan membuat
kawalan.
Bagi sebuah syarikat awam berhad
memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah matlamat utama kerana pemegang
saham adalah pemilik syarikat tersebut. Pihak pengurusan syarikat hendaklah
memastikan pemegang saham akan dibayar dividen yang tinggi bagi setiap saham
yang mereka langgani dalam syarikat tersebut.
Salah satu cara bagi memastikan
kekayaan pemegang saham ialah dengan memaksimumkan harga saham syarikat
tersebut. Ia diukur melalui pendapatan sesaham atau earning per share (EPS). Harga saham syarikat boleh dijadikan
sebagai indeks prestasi atau kemajuan syarikat. Ia bergantung kepada beberapa
faktor:
a.
Pendapatan
dijangka sesaham – pendapatan yang dijangka oleh para pelabur apabila membuat
pembelian saham
b.
Masa
aliran perolehan – iaitu tempoh masa yang diambil oleh peminjam untuk
mendapatkan keuntungan
c.
Risiko
pendapatan dijangka – keberangkalian menerima keuntungan atau kerugian dalam
pelaburan tersebut
d.
Kegunaan
pinjaman – tujuan pinjaman dibuat
e.
Polisi
dividen – polisi yang dilaksankan oleh syarikat dalam pengagihan dividen saham
syarikat
5. ISU AGENSI
Ada pelbagai entity perniagaan:
milikan tunggal, perkongsian, perkongsian lianiliti terhad dan juga syarikat. Klasifikasi
syarikat dibahagikan kepada samada ia adalah sebuah syarikat persendirian atau
awam. Semua entiti yang disebutkan termasuk syarikat persendirian biasanya
diurus dan dikawal oleh pemilik atau pemegang saham, tetapi awam adalah
mustahil kerana jumlah anggotanya adalah ramai (sekurang-kurangnya 50 orang
hingga infiniti). Maka, pengurusan diserahkan kepada sekumpulan pihak
pengurusan yang lain.
Isu agensi wujud apabila syarikat
melantik pihak pengurusan (agen) untuk menentukan keputusan kewangan syarikat.
Pemilik syarikat adalah pemegang-pemegang saham dan agen adalah pihak yang
melakukan pengurusan dan menentukan keputusan-keputusan syarikat.
Dalam agensi wujud dua hubungan iaitu:
a.
Hubungan
principal dan agen dimana agen memperolehi kuasa yang diberikan oleh principal
untuk bertindak bagi pihak dan kepada principal
b.
Hubungan
antara principal dan pihak ketiga melalui keputusan dan tindakan yang dilakukan
oleh agen.
Isu ini wujud apabila keputusan yang
diambil boleh mengurangkan kekayaan pemegang saham sedangkan kuasa yang diberi
kepada mereka bertujuan memaksimumkan keuntungan pemegang saham.
Hubungan Principal dan Agen
Hubungan ini lebih tepat dinamakan
sebagai hubungan pemegang saham dengan pihak pengurusan. Pihak pengurusan akan
lebih mengutamakan kekayaan diri, jaminan kerjaya dan mengurangkan risiko dan
beban kerja. Contohnya pihak pengurusan akan meningkatkan pertumbuhan syarikat
bagi mengelakkan berlaku pengambil-alihan syarikat oleh pihak lain. Pengambilihan
akan berkemungkinan pengurus akan disingkirkan. Bagi pemegang saham,
pengambilalihan akan memberi keuntungan yang maksimum. Di sini akan wujud satu
‘konflik’ kepentingan antara pengurusan dan pemegang saham.
Hubungan Principal dan Pihak Ketiga
Hubungan yang lebih tepat ialah antara
pemegang saham dan pihak pemberi hutang dimana pemberi hutang akan memberi
pinjaman kepada syarikat berdasarkan risiko yang akan ditanggung, struktur
modal syarikat dan struktur modal pada masa kan dating. Ini akan memberi kesan
kepada aliran tunai syarikat yang mana faktor utama pemebri hutang akan membuat
penilaian. Pemegang saham mempunyai kawalan untuk membuat keputusan melalu
pengurus yang dilantik. Oleh keran, pemegang saham akan membuat keputusan tas
kepentingan mereka, maka akan timbul isu agensi antara pemberi hutang dan
pemegang saham. Sebagai contoh pihak pengurusan membuat pinjaman untuk memberi
keuntungan kepada pemegang saham tetapi ia akan menghadapi kekurangan aliran
tunai, pihak pemberi pinjaman tentunya akan lebih berhati-hati dengan situasi
ini.
Cara mengatasi isu agensi
Pemegang saham boleh melakukan
beberapa tindakan berikut:
a.
Sistem
pampasan yang wajar dan berkesan
b.
Campurtangan
langsung oleh pemegang saham dalam pengurusan
c.
Ancaman
pembuangan kerja
d.
Ancaman
pengambilalihan syarikat
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
11:01:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: