LAYAKKAH MENJADI WALI
PENGERTIAN
WALI DAN TERTIBNYA
Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri
daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan. Wali ini
merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan. Dalil-dalil yang menunjukkan amat
mustahaknya wali ialah:
Firman
Allah swt:
‘Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf’ ( Al-Baqarah : 232)
‘Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan
kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga mereka beriman’. ( Al-Baqarah : 222)
Dari
hadith Nabi saw:
‘Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: ‘Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali’.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
‘Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: ‘Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali’.
(Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)
Secara umumnya wali dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu:
Wali
mujbir – iaitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas kepada
seseorang gadis.
Wali
bukan mujbir – iaitu wali selain daripada bapa dan datuk atau wali bagi janda.
Secara khususnya wali dapat dibahagi kepada dua:
·
Wali nasab
·
Wali hakim
Syarat-syarat
wali :
1. Beragama
Islam.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil (tidak fasiq).
7. Seorang yang sempurna akalnya. Seorang yang mabuk, gila atau tersangat bodoh tidak boleh menjadi wali.
2. Seorang lelaki.
3. Baligh.
4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.
5. Tidak berihram haji atau umrah.
6. Orang yang adil (tidak fasiq).
7. Seorang yang sempurna akalnya. Seorang yang mabuk, gila atau tersangat bodoh tidak boleh menjadi wali.
Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana
ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan
kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan ia memenuhi
starat-syarat sah menjadi wali.
Susunan
Wali Nasab
Susunan wali mengikut tertib ialah:
Susunan wali mengikut tertib ialah:
a. Bapa kandung
b. Datuk sebelah bapa ke atas
c. Saudara lelaki seibu-sebapa
d. Saudara lelaki sebapa
e. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
f. Anak saudara lelaki sebapa
g. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
h. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
i. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
ke bawah
j. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke
bawah
k. Bapa saudara seibu-sebapa
l. Bapa saudara bapa sebapa
m. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
n. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
o. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
p. Bapa saudara datuk sebapa
q. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke
bawah
r. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
s. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang
dibebaskan).
t. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
u. Raja/Sultan.
Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan
jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah
seterusnya.
Mengikut tertib wali, bapa hendaklah menjadi wali bagi semua perkahwinan
anaknya. Jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah
kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka
hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin
perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Sekiranya pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali maka ia akan
dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda:
‘Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali’.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
‘Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali’.
(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)
Dalam kes Ismail bin Abdul Majid lawan Aris Fadilah dan Insun bt Abdul
Majid (1990, Jld. V, II, JH) di Mahkamah Syariah, Kuala Kangsar, Perak, Yang
Arif Hakim Amran bin Satar telah memutuskan perkahwinan yang diwalikan oleh wali
ab’ad sedangkan wali aqrab masih ada maka perkahwinan itu tidak
sah.
(Wali
Ab’ad : wali yang jauh perhubungannya dengan pengantin perempuan mengikut
susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
(Wali Aqrab : Wali yang paling dekat hubungannya dengan pengantin perempuan mengikut susunan wali).
Fakta kesnya adalah seperti berikut: Pengantin perempuan telah berkahwin
dengan seorang pemuda pada 6hb Mei, 1974 di Kampung Kandang Hilir, Kota Lama
Kanan, Perak. Wali yang bertindak kepada perempuan tersebut ialah saudara
lelakinya kerana bapa perempuan itu telah meninggal dunia. Pengantin perempuan
itu sebenarnya juga masih mempunyai datuk yang masih hidup dengan segar dan
waras yang tinggal di Bt. 8, Batu Laut, Kuala Langat, Selangor. Datuk itu tidak
diberitahu mengenai perkahwinan cucunya itu. Kes ini telah dibawa ke Mahkamah
dan telah diputuskan perkahwinan itu tidak sah atau batal dengan alasan:
Saudara lelaki pada pengantin perempuan itu tidak ada bidang kuasa wali
kerana wali aqrab iaitu datuk perempuan itu masih ada.Akal fikiran datuk itu
masih waras maka hak kelayakan wali masih tidak hilang.
Berdasarkan analisa kes tersebut, sepatutnya pengantin perempuan itu
menghubungi datuknya bagi mewalikan perkahwinannya. Jika datuknya itu tidak
dapat hadir, maka datuknya boleh mewakilkan (wakalah wali) kepada orang lain,
untuk menikahkan cucunya itu.
Wali
Mujbir
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:
Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah:
‘Perempuan
janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau
dara dikahwinkan oleh bapanya’.
(Riwayat Darul-Qutni)
(Riwayat Darul-Qutni)
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang
perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.
Dalam kes
Syed Abdullah Al-Shatiri lawan Syarifah Salmah (1959, Jld. I, II, JH), ketika
menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura, Yang Arif
Hakim Ahmad bin Ibrahim menyatakan, mengikut Mazhab Shafi’e, apabila seorang
anak dara dikahwinkan oleh bapanya tanpa minta izin anak dara itu terlebih
dahulu, maka adalah sah perkahwinan itu.Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang bapa Syed Abdullah Al-Shatiri
mengahwinkan anak daranya Syarifah Salmah dengan Syed Idros bin Saggof Al-Jofri
tanpa izin anak dara itu. Bapa itu bertindak sebagai wali dan ia sendiri
menikahkan perkahwinan itu. Anak perempuan itu enggan menerima suami pilihan
bapanya. Anak perempuan itu membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Singapura telah mengeluarkan perintah bahawa perkahwinan itu
tidak sah berdasarkan hadith:
Pertama: Rasululah saw bersabda:
‘Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya’. (Riwayat Al-Bukhari)
‘Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinnan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya’. (Riwayat Al-Bukhari)
Kedua: Rasulullah saw bersabda:
‘Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan’.(Riwayat Muslim)
‘Seseorang yang bukan anak dara mempunyai hak yang lebih besar mengenai dirinya daripada penjaganya. Persetujuan seorang anak dara haruslah dipinta berkenaan dengan sesuatu mengenai dirinya dan diam membisu pada haknya itu adalah bererti memberikan persetujuan’.(Riwayat Muslim)
Bapa
telah membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah Singapura bahawa ia
mengahwinkan anak dara perempuannya tanpa izin perempuan itu atas bidang
kuasanya sebagai wali mujbir.
Menurut
Ahmad Ibrahim ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah
Singapura itu menyatakan:
‘Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna ‘meminta izin anak dara’ yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud ‘meminta izin anak dara’ adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni’.
‘Hadith-hadith yang menjadi alasan Mahkamah Syariah Singapura itu sebenarnya dipertikaikan oleh ulama mengenai makna ‘meminta izin anak dara’ yang terdapat dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Menurut Imam Malik, Imam Shafi’e, Imam Ahmad dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafi’e seperti Imam Nawawi, maksud ‘meminta izin anak dara’ adalah sunat bagi wali mujbir meminta izin terlebih dahulu daripada pengantin perempuan seperti mana dengan maksud hadith yang dieriwayatkan oleh Darul-Qutni’.
Selanjutnya Ahmad Ibrahim memetik pandangan Mazhab Syafi’e sepertimana
yang terdapat dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi:
‘Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya
mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya, tidak kira berapa umurnya
dengan syarat anak itu masih anak dara. Walau bagaimanapun adalah sunat
berunding dengannya mengenai bakal suaminya itu; dan izin rasminya ke atas
perkahwinan itu adalah perlu jika dia telah kehilangan daranya. Manakala
seseorang bapa mengahwinkan anak perempuan sewaktu anak itu masih di bawah
umur, maka anak perempuan itu tidaklah boleh diserahkan kepada suaminya sebelum
dia mencapai umur akil baligh. Jika berlaku kegagalan pada pihak bapanya, maka
bapa kepada bapanya (datuknya sebelah bapa) hendaklah menjalankan semua kuasanya.
Kehilangan dara menghapuskan hak mengahwinkan anak perempuan tanpa izinnya, dan
tidaklah ada perbezaan di dalam aspek ini bahawa kehilangan
Ketika menyampaikan keputusan Lembaga Rayuan itu juga Ahmad Ibrahim
merujuk kepada buku ‘Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women’
oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan : Seseorang bapa
atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu
adalah sah dengan syarat:
i.
Janganlah
hendaknya terdapat antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya yang
mengahwinkannya itu apa-apa sifat permusuhan yang nyata dan tidak pula
terlindung daripada pengetahuan orang-orang di tempat anak dara itu berada.
ii.
Si suami
itu hendaklah sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu.
iii.
Si suami
itu hendaklah mampu membayar mas kahwin.
iv.
Janganlah
hendaknya terdapat sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak
dara itu dengan si suami.
v.
Bapa atau
datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang
terkurang menurut nilai mata wang negara itu.
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lembaga Rayuan Mahkamah Syariah
Singapura berpendapat bahawa perkahwinan yang dianjurkan oleh wali mujbir tanpa
izin perempuan itu adalah sah. Maka keputusan Mahkamah Syariah yang terdahulu
itu telah dibatalkan.
Perempuan Janda
Wali Mujbir atau wali-wali yang lain tidak boleh mengahwinkan perempuan
janda kecuali hendaklah mendapat izin perempuan itu terlebih dahulu. Rasulullah
saw telah bersabda:
‘Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda,
‘Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia
diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksa ke
atasnya’. (Riwayat
Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw telah menyatakan:
‘Dari Khansa’ binti Khadam, bahawasanya bapa
Khansa’ telah mengahwinkan dia, sedang ia perempuan janda, lalu ia tidak suka
demikian itu. Kemudian ia datang kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menolak
perkahwinan itu’. (Riwayat
Al-Bukhari dan Ahmad)
Ini bermakna perempuan janda mempunyai bidang kuasa menolak perkahwinan
yang dibuat tanpa kebenarannya iaitu ia boleh menfasakhkan perkahwinan itu di
Mahkamah Syariah.
Perkahwinan Bawah Umur
Menurut Mazhab Empat bahawa dalam Islam tidak ada larangan had umur
untuk berkahwin. Ini bermakna kanak-kanak kecil boleh berkahwin.
Daripada
Siti Aisyah r.a.,
‘Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun’.. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
‘Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun’.. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menunjukkan bahawa dalam Islam tiada had umur larangan
berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga
Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan:
‘Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan
atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu
berumur kurang daripada enam belas tahun
kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal
keadaan tertentu’.
Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah
terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Peruntukan Seksyen
tersebut bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat. Sebenarnya kebenaran
dari Mahkamah itu bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki
gadis itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk
berumahtangga dan menjaga kepentingan kanak-kanak itu.
Peruntukan yang sama terdapat dalamsemua enakmen negeri-negeri di
Malaysia.
Adakah Wali Fasik Sah Menjadi Wali?
Mengikut pendapat Mazhab Syafi’e dan Hambali, wali fasik tidak boleh
atau tidak sah menjadi wali nikah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari Ibnu
Abbas bahawa Rasulullah saw bersabda,
‘Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada
saksi yang adil’.
(Riwayat Ahmad)
(Riwayat Ahmad)
Yang dimaksudkan dengan adil ialah seseorang itu berpegang kuat
(istiqamah) kepada ajaran Islam, menunaikan kewajiban agama, mencegah dirinya
melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak, menderhaka kepada
kedua-dua ibu bapa dan sebagainya serta berusaha tidak melakukan dosa-dosa
kecil.
Wali bersifat adil disyaratkan kerana ia dianggap bertanggungjawab dari
segi kehendak agama ketika membuat penilaian bakal suami bagi kepentingan dan
maslahat perempuan yang hendak berkahwin itu. Manakala wali fasik pula, ia
sendiri sudah tidak bertanggungjawab ke atas dirinya apatah lagi hendak
bertanggungjawab kepada orang lain.
Untuk menentukan seseorang wali itu bersifat adil atau fasik adalah
memadai dilihat dari segi zahir atau luaran sahaja ataupun memadai wali itu
mastur iaitu kefasikannya tidak diketahui kerana untuk menilai kefasikan secara
batin adalah susah. Walau bagaimanapun jikalau Sultan atau Raja itu fasik yang
menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali maka kewalian itu tetap
sah kerana kesahihannya diambilkira dari segi keperluan terhadap wali Raja.
Sebenarnya sebahagian besar ulama-ulama Mutaakhirin dalam Mazhab Syafi’e
seperti Imam Al-Ghazali, pendapat pilihan Imam Nawawi dan sebagainya, telah
mengeluarkan fatwa bahawa sah wali fasik menjadi wali, selepas beristighfar.
Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin telah mengingatkan bahawa
seseorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan geraklaku calon suami,
jangan sampai mengahwini saudara perempuan dengan seorang lelaki yang buruk
budi pekertinya atau lemah agamanya ataupun yang tidak sekufu dengan
kedudukannya. Sekiranya ia mengahwinkan puterinya dengan seorang lelaki yang
zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah
melanggar perintah agamanya dan ketika itu ia akan terdedah kepada kemurkaan
Allah swt, kerana ia telah mencuaikan persoalan silaturrahim (perhubungan tali
kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.
Selanjutnya Al-Ghazali menceritakan seorang ayah telah datang meminta
nasihat kepada Al-Hasan, Katanya: ‘Telah banyak orang yang datang
meminang puteriku, tetapi aku tidak tahu dengan siapa yang harusku kahwinkan
dia’. Berkata Al-Hasan: ‘Kahwinkan puterimu itu dengan orang yang
banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya mencintainya kelak pasti ia
akan dimuliakan. Tetapi jika suaminya membencinya maka tiada dianiayainya’.
Tiada Persetujuan Antara Wali Yang Sedarjat
Wali sedarjat ialah wali-wali yang mempunyai bidang kuasa yang setaraf
atau sama. Misalnya bagi pengantin perempuan yang sudah tidak ada lagi bapa dan
datuk, maka orang yang berhak menjadi wali mengikut tertib ialah saudara lelaki
seibu-sebapa kepada pengantin perempuan itu.
Persoalan yang timbul ialah saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin
perempuan itu ramai. Siapa yang berhak menjadi wali?
Mengikut Islam kalau semua wali sedarjat itu bersependapat dan redha
dengan bakal suami pilihan perempuan itu maka salah seorang boleh menjadi wali.
Yang afdhalnya ialah terdiri daripada orang yang tahu hal-hal agama atau alim.
Satu isu lagi mengenai wali sedarjat ialah jika sebahagian wali sedarjat
setuju bakal suami itu manakala sebahagian yang lain menentang bakal suami
pilihan pengantin perempuan itu. Siapa berhak menjadi wali dalam kes seperti di
atas?
Menurut Jumhur Fuqqaha (Mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali) jika
perkahwinan itu dilakukan juga oleh wali sedarjat yang redha dengan bakal suami
pilihan pengantin perempuan, maka wali sedarjat yang menentang itu berhak juga
menfasakhkan perkahwinan di Mahkamah Syariah jika wali yang menentang itu ada
alasan syarak.
Dalam kes tiada persefahaman antara wali-wali sedarjat ini, maka
pengantin perempuan hendaklah membuat aduan di Mahkamah Syariah atas nama wali
enggan di mana Mahkamah akan membuat keputusan yang adil.
Wali Hakim
Wali hakim ialah Sultan atau Raja yang beragama Islam yang bertindak
sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali. Oleh kerana
Sultan atau Raja ini sibuk dengan tugas-tugas negara maka ia menyerahkannya
kepada Kadhi-Kadhi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali
hakim.
Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2
(1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan
Agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh
Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak
mempunyai wali dari nasab.
Sebab-Sebab Menggunakan Wali Hakim
1. Tidak Ada Wali Nasab
Bagi
pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali nasab seperti saudara baru di
mana tidak ada saudara-maranya yang memeluk Islam atau perempuan yang tidak
mempunyai wali langsung mengikut tertib wali atau anak luar nikah maka wali
hakimlah yang menjadi wali dalam perkahwinannya. Rasulullah saw bersabda:
‘Sultanlah menjadi wali bagi perempuan yang tidak
mempunyai wali’. (Riwayat
Al-Khamsah)
Bagi pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali maka wali hakimlah
yang akan mengahwinkan pengantin perempuan itu.
2. Anak
Tidak Sah Taraf Atau Anak Angkat
Anak
tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk
sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan
perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka
anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir
dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi
sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anakitu tetap
dianggap anak tidak sah taraf.
Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia
mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga
anak angkat. Jika anak angkat itu berasal dari anak tidak sah taraf, maka walinya
adalah wali hakim kerana anak itu dianggap tidak mempunyai wali nasab.
Sekiranya anak angkat itu berasal dari bapa yang sah atau keluarga yang
sah, maka walinya ialah berdasarkan susunan atau tertib wali yang ada, bukannya
bapa angkat. Oleh itu para ibu bapa atau bapa angkat hendaklah berhati-hati
tentang anak yang tidak sah taraf ini, jangan menyembunyikan keadaan sebenar.
3. Wali Yang Ada Tidak Cukup Syarat.
Dalam
Islam, kalau wali aqrab tidak mempunyai cukup syarat untuk menjadi wali seperti
gila, tidak sampai umur dan sebagainya maka bidang kuasa wali itu berpindah
kepada wali ab’ad mengikut tertib wali. Sekiranya satu-satunya wali yang ada
itu juga tidak cukup syarat tidak ada lagi wali yang lain maka bidang kuasa
wali itu berpindah kepada wali hakim.
4. Wali Aqrab Menunaikan Haji Atau Umrah
Dalam
kitab Minhaj Talibin dalam bab Nikah menyatakan jika wali aqrab menunaikan haji
atau umrah maka hak walinya terlucut dan hak wali itu juga tidak berpindah
kepada wali ab’ad, tetapi hak wali itu berpindah kepada wali hakim.
Demikian juga sekiranya wali aqrab itu membuat wakalah wali sebelum
membuat haji atau umrah atau semasa ihram maka wakalah wali itu tidak sah.
Rasulullah saw bersabda:
‘Orang yang ihram haji atau umrah tidak boleh
mengahwinkan orang dan juga tidak boleh berkahwin’. (Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jika seseorang perempuan yang hendak berkahwin,
hendaklah menunggu sehingga wali itu pulang dari Mekah atau dengan menggunakan
wali hakim.
5. Wali Enggan
Para
Fuqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan
yang dalam kewaliannya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnya berkahwin
walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.
Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata: ‘Saya mempunyai
saudara perempuan . Ia dipinang ole seorang pemuda yang mempunyai pertalian
darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut,
kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk. Perempuan itu ditinggalkan
sampai habis eddahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk
meminang, maka saya jawab:’Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau
dengan dia selama-lamanya’. Peristiwa ini disampaikan kepda Nabi saw. Berhubung
dengan peristiwa ini, Allah swt menurunkan ayat Al-Quran :
‘Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis
masa eddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan
bakal suaminya’. (Al-Baqarah
: 232)
Kemudian
Ma’qil berkata: ‘Kemudian saya membayar kifarah sumpah dan perempuan itu saya
kahwinkan dengan lelaki berkenaan’. (Riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud)
Dalam
sebuah hadith yang lain dinyatakan:
‘Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya’. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
‘Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu: solat bila telah datang waktunya, jenazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya’. (Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)
Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan
wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang
zalim kepada wanita itu.
Menurut Jumhur Fuqaha (Syafi’e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab
enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya.
Rasulullah saw bersabda:
‘Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim
menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali’. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin Salleh (1976, Jld. II, I JH)
mengenai wali enggan di Mahkamah Kadhi Perlis, Yang Arif Kadhi Mahmood bin
Lebai Man (pada masa itu) memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja
atau hakim untuk berkahwin dengan Mansor bin Isa dengan mas kahwin dan belanja
yang tidak ditetapkan.
Fakta kes itu adalah seperti berikut: Seorang perempuan telah menuntut
di Mahkamah Kadhi supaya ia dikahwinkan dengan Mansor bin Isa secara wali hakim
kerana bapanya enggan mewalikannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin
sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai.
Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan
tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan ‘Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya
mendapat pekerjaan’. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan :
‘Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu
mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisihfaham, maka bolehlah
dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan.
Prosedur mendapatkan wali hakim telah ditetapkan
oleh undang-undang bergantung kepada jenis sebab permohonan tersebut. Ia mesti
dipohon di mahkamah tempat pemohon itu bermastatutin. Beberapa dokumen
diperlukan bersama-sama dengan permohonan, antara dokumen tersebut ialah:
(a) Notis
Permohonan
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:
(b) Afidavit Sokongan
(c) Eksibit-eksibit seperti:
·
salinan kad
pengenalan
·
sijil
memeluk islam
·
borang
perkahwinan bagi perempuan
·
borang
perkahwinan bagi lelaki
·
lain-lain
dokumen yang berkaitan
(d) Surat
sokongan dari Pendaftar Nikah.
(e) Fi yang secukupnya.
(e) Fi yang secukupnya.
LAYAKKAH MENJADI WALI
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:08:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: