SSPN-i Plus

SIAPA SAKSI NIKAH


SAKSI NIKAH 


Akad nikah mempunyai  kesan yang amat besar yang menghalalkan persetubuhan lelaki dan wanita, memerlukan maskahwin, menggariskan tentang hak dan tanggungjawab, nafkah, perwarisa, nasab dan sebagainya, maka diwajibkan ada dua orang saksi kepada akad ini.  Tujuannya adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga sebelum mana-mana pihak mengingkari mana-mana syarat akad.
Dalil wujudnya dua  orang saksi ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak sah perkahwinan tanpa sebarang wali dan dua orang saksi yang adil (tidak fasik). Maka mana-mana perkahwinan yang selain daripada itu adalah batal. (Riwayat Ibnu Hibban).

Syarat-syarat saksi :
1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.
2. Beragama Islam. 
3. Berakal
4. Baligh 
5. Lelaki.
6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur).
7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab dan qabul. 
8. Orang yang adil (tidak fasiq) walaupun pada zahirnya.


Sunat menyaksikan kerelaan pengantin perempuan untuk melaksanakan akad. Contohnya saksi mendengar sendiri pengantin berkata:” Aku rela dengan akad ini” atau “Aku mengizinkan akad ini”. 
SIAPA SAKSI NIKAH SIAPA SAKSI NIKAH Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 8:26:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.