APA ITU LATIHAN DAN PEMBANGUNAN?
LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
PENGENALAN
Latihan
merupakan satu program yang dibentuk untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan
dan keupayaan pekerja untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa.
Pembangunan
pula ialah program berterusan yang
bertujuan untuk membangunkan kerjaya pekerja dalam organisasi pada masa
hadapan.
Perbezaan diantara Latihan dan Pembangunan
Perkara
|
Latihan
|
Pembangunan
|
Fokus
|
Pekerjaan semasa
|
Pekerjaan masa hadapan
|
Skop
|
Individu
|
Kumpulan pekerja
|
Jangka masa
|
Jangka pendek - semasa
|
Jangka panjang – masa hadapan
|
Matlamat
|
Meningkatkan prestasi kerja semasa
|
Meningkatkan prestasi kerja
sepanjang kerjaya
|
PERANAN DAN KEPENTINGAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
1.
Meningkatkan
produktiviti pekerja
2.
Meningkatkan
kualiti produk
3.
Menjimatkan kos
dan perbelanjaan penyelenggaraan apabila kecekapan ditingkatkan dan kurang
kesilapan
4.
Meningkatkan
motivasi dan kepuasan pekerja
5.
Mendedahkan
pekerja kepada pengetahuan dan perkembangan teknologi semasa
PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM
Langkah-langkah:
a. Menganalisis Keperluan Latihan
Pengurusan sumber manusia perlu mengenal pasti siapa yang
memerluka latihan dan jenis latihan yang sesuai diberikan bagi mencapai
matlamat organisasi. Latihan diperlukan apabila prestasi kerja dan kualiti
produk semakin merosot, berlaku perubahan teknlogi atau kesilapan dan
kemalangan sering berlaku di tempat kerja.
Analisis
keperluan latihan (TNA) ialah satu tugas yang perlu dilaksanakan selalu. Sebaik
sahaja TNA habis dijalankan, anda boleh tahu sama ada wujudnya perbezaan antara
kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan yang diperolehi pekerja anda sekarang
berbanding dengan kemahiran, sikap dan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh
syarikat anda sekarang dan pada masa depan yang terdekat.
Analisis keperluan latihan ini perlu dikaji terhadap
organisasi, tugas dan individu.
1.
Analisis
Organisasi – mengkaji keperluan keseluruhan organisasi dengan melihat kelemahan
struktur, objektif dan strategi organisasi
2.
Analisis tugas –
mengkaji spesifikasi dan penghuraian kerja, kemahiran serta pengetahuan yang
diperlukan untuk menjalankan sesuatu pekerjaan.
3.
Analisis Individu
– mengenal pasti pekerja yang memerlukan latihan dengan memerhatikan prestasi
kerja dan gelagat pekerja tersebut
b. Menetapkan Objektif
Objektif latihan yang ditetapkan mestilah jelas dan
khusus. Ia juga mesti boleh dikuantiti sebagai objektif yang boleh diukur untuk
membantu penilaian latihan. Objektif juga berperanan untuk pelatih faham apa
yang dijangka darinya.
Objektif program latihan mestilah mengandungi tiga bahagian,
iaitu
- Terminal
gelagat yang dikehendaki – contohnya: ”Di akhir kursus ini pelatih akan
dapat .......”
- Tahap piawai
yang ingin dicapai – tidak seperti markah peperiksaan yang mungkin markah
lulus hanya 40%, sebaliknya pelatih kena lakukan secara tepat tanpa
sebarang kesilapan (pencapaian 100%).
- Syarat-syarat
prestasi – contohnya dengan memasukkan jenis peralatan yang perlu
digunakan seperti menyediakan akaun menggunakan perisian tertentu.
c. Pelaksanaan Program
Pelaksanaan program latihan melibatkan beberapa langkah
seperti memilih pelatih dan jurulatih, menetapkan kurikulum latihan dan kaedah
latihan, tempoh masa dan penjadualan, menentukan tempat serta perbelanjaan
latihan.
d. Penilaian Program
Selepas latihan dilaksanakan, program mesti dinilai
keberkesanannya untuk menentukan sama ada mencapai objektifnya atau tidak. Kirkpatrick
(1959) mencadangakan penilaian mesti dibuat pada empat peringkat dengan empat
soalan yang perlu diajukan:
- Apa
tindakbalas pelatih kepada latihan tersebut?
- Apa yang
pelatih telah pelajari?
- Dalam cara
apa gelagat pelatih telah berubah selepas latihan?
- Bagaimana organisasi mendapat manfaat dari program latihan tersebut?
APA ITU LATIHAN DAN PEMBANGUNAN?
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:21:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: