SSPN-i Plus

MESTI TAHU PERSEKITARAN PERNIAGAAN


PERSEKITARAN PERNIAGAAN 

1. PERSEKITARAN UMUM
a. Ekonomi
Ia merujuk kepada keadaan/persekitaran ekonomi-melambung atau meleset, kuasa beli, dan harga barangan.Ekonomi juga bergantung kepada kadar pertukaran mata wang yang menarik. Satu sistem kewangan dan perbankan yang efisien akan mengukuhkan persekitaran perniagaan. Oleh itu dasar kewangan dan perbankan Negara akan memberi impak kepada ekonomi dan persekitaran perniagaan. Kewujudan peniaga yang beretika juga perlu untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang baik. Pematuhan undang-undang dan pertauran dan menjaga hak-hak pihak lain akan memberi kesan kepada ekonomi.

b.Persaingan Dan Jaringan
-         Persaingan-ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti, pada pasaran yang sama dengan produk usahawan.
-         Jaringan perniagaan-pakatan strategik yang di bentuk oleh perniagaan dengan pembekal,pengilang atau pengedar untuk menghasilkan roduk atau memasarkanya di pasaran.
-         Kelebihan saingan- keupayaan perniagaan mengatasi pesaing mereka dengan menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan daripada pesaing.
-         Persaingan tulen- keadaan pasaran yang terdapat banyak firma pengeluar di dalam sesuatu industri yang mengeluarkan produk yang serupa dan tiada firma mempunyai kelebihan saingan.
-         Persaingan monopolistik- keadaan pasaran yang terdapat ramai pengeluar yang menawarkan produk yang sama dan produk tersebut dilihat oleh pembeli berbeza disebabkan oleh aktiviti pemasaran dan keunikan produk tersebut.
-         Monopoli- merujuk kepada hanya ada satu firma yang menghasilkan produk dan tidak terdapat produk pengganti.

c. Sosiobudaya
-         Nilai-nilai bersama yang dikongsi oleh satu kumpulan masyarakat.
-         Budaya unik-kepelbagaian agama, adat resam, perayaan , makanan,pakaian dsb.
-         Perubahan gaya hidup-gaya hidup moden dan nilai tradisional.
-         Perubahan dan peningkatan nilai sosial-penjagaan kesihatan, hak-hak pengguna,alam sekitar dsb.

d.Politik Dan Perundangan
-         tekanan yang berkaitan dengan kuasa dan kerajaan serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.
-         Sistem pemerintahan dan gaya kepimpinan.
-         Keselamatan dan keadilan sistem perundangan
-         Kestabilan politik akan menjamin kestabilan ekonomi.

e.Teknologi
Teknologi merujuk kepada kaedah dalam proses penukaran input kepada output.
Penggunaan teknologi dapat meningkatkan pengurusan operasi,produktiviti, kecekapan dan maklum balas pelanggan.

f. Fizikal
-         pengagihan produk-pergerakan barangan dan perkhidmatan pengeluar kepada pengguna.
-         Merujuk kepada kemudahan fizikal(bangunan,jalanraya,perhubungan)
-         Sistem pengangkutan/perjalanan/perhubungan
-         Sistem komunikasi(telefon,internet,faks)


2. PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YANG BERKEPENTINGAN)
Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pembentukan polisi, prosedur-prosedur dan sistem sesebuah organisasi perniagaan.

a. Pelanggan
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.
Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.
Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.

b. Pembekal 
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai runcit, pasaraya.
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang.

c. Pelabur  (pembiaya dan pemodal)
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.
Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.

d. Pesaing
Pesaing merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan dijual dalam pasaran yang sama dengan produk usahawan. Pesaing boleh memberi sumbangan dari segi meningkatkan kualiti produk secara umum. Persaingan perlu adil tanpa melanggar etika/peraturan perniagaan

e. Kerajaan
-         pihak yang menggubal dasar-dasar/undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang agar perniagaan dapat beroperasi dengan lancar.
-         Mesti patuh dan bekerjasama dengan kerajaan agar hubungan baik dapat dilakukan.
-         Jika abaikan alam sekitar dan menaikkan harga sewenang-wenangnya, sokongan masyarakat akan berkurangan.

f. Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.
g. Masyarakat 
MESTI TAHU PERSEKITARAN PERNIAGAAN MESTI TAHU  PERSEKITARAN PERNIAGAAN Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 8:30:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.