MEMAHAMI PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN
PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN
Proses
penyelidikan pemasaran melibatkan empat langkah seperti berikut:
1.
Mengenal Pasti Masalah Dan Menetapkan Objektif Penyelidikan
Pada
peringkat ini, penyelidik pemasaran akan mengenal pasti dan mengkaji secara
terperinci masalah pemasaran yang wujud dalam organisasi atau persekitaran.
Masalah tersebut kemudian diterjemahkan kepada objektif penyelidikan yang
spesifik. Pernyataan masalah dan objektif penyelidikan akan digunakan untuk
membimbing seluruh proses penyelidikan pemasaran.
2.
Membentuk Rancangan Penyelidikan
Seterusnya,
satu rancangan penyelidikan yang berkesan akan dibentuk untuk mengumpul semua maklumat
yang diperlukan dalam penyelidikan pemasaran seperti jenis maklumat yang
diperlukan, sumber maklumat, tempoh pengumpulan maklumat, kos yang terlibat
serta kaedah pengumpulan dan penganalisisan maklumat.
3.
Melaksanakan Penyelidikan Dan Menganalisi Data
Usaha
pengumpulan data boleh dijalankan oleh jabatan penyelidikan pemasaran atau
firma perundingan dari luar organisasi. Data yang dikumpul harus relevan,
tepat, diterima umum dan tidak berat sebelah. Penyelidik pemasaran harus
memproses dan menganalisis data yang diperoleh kepada maklumat yang sesuai
untuk membuat keputusan pemasaran dengan menggunakan beberapa kaedah
berstatistik dan model keputusan.
4.
Mengiterpretasikan Dan Melapor Penemuan
Penyelidik
pemasaran akan mentafsir, merumus dan melaporkan hasil analisis penyelidikan
pemasaran kepada pengurusan organisasi. Penyelidik harus membentangkan penemuan
utama yang boleh difahami oleh pengurusan dan berguna dalam pembuatan keputusan
pemasaran.
MEMAHAMI PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:14:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: