JENAYAH MINUM ARAK SEBAGAI HUKUM HUDUD
KESALAHAN MINUM ARAK
PENGERTIAN ARAK
Arak adalah segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya,
baik diproses dari buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau
sebagainya. Tidak kira mabuk itu kerana meminum atau tidak, banyak atau sedikit
tetapi yang penting minuman tersebut adalah memabukkan.
Minum arak secara yang lebih luas ialah meminum minuman yang
memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal.
PENGHARAMAN ARAK
Pengharaman arak berlaku secara tiga peringkat. Pada
peringkat pertama, Allah SWT hanya menceritakan keburukan arak dan bagi sahabat
yang warak, ayat ini cukup menjadi dalil untuk tidak minum arak.
Mereka bertanya kepadamu (Wahai
Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa
besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka
akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang
berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
(Al-Baqarah 2:219)
Pada peringkat kedua, Allah SWt mengharamkan arak ketika
melakukan ibadah solat sahaja.
FirmanNya:
Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan
mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan
janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas
besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan
jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan
kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisaa' 4:43) |
Pada peringkat ketiga barulah arak diharamkan terus
sebagaimana firmanNya:
Wahai orang-orang yang beriman!
Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan
Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Al-Maaidah 5:90)
Dalam hadis-hadis nabi SAW juga banyak diriwayatkan tengtang
pengharaman arak.
Antaranya:
Artinya: sesuatu yang memabukkan banyak atau sedikit adalah
haram
Artinya:
Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram (Muslim)
Artinya:
Allah SWT telah melaknat arak, peminumnya, pemberi minum,
penjual, pembeli, pemerahnya, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang
yang dibawa kepadanya arak itu.
Pesalah meminum arak dikenakan had sebatan 40 kali
berdasarkan hadis riwayat Imam
Bukhari:
Artinya : Rasulullah SAW telah menyebat pesalah minum arak
sebanyak 40 kali dan Abu Bakar juga berbuat demikian.
Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Artinya: sesiapa yang minum arak maka sebatlah ia
SABIT HAD MINUM ARAK
1. Pengakuan peminumnya sendiri dengan syarat yang cukup
2. Disaksikan oleh 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan 2
orang perempuan yang adil dan cukup syaratnya.
3. Bahan yang
memabukkan itu dalam bentuk minuman
4. Mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan
sekurang-kurangya sampai ke halkum.
5. Ia dilakukan secara sukarela, tidak dipaksa.
HIKMAH PENGHARAMAN ARAK
1. Meminum arak boleh melemahkan akal fikiran
2. Menghilangkan kewarasan akal
3. Membahayakan kesihatan seperti terkena penyakit barah
4. Membazirkan wang
5. Sanggup melakukan apa sahaja tanpa rasa malu
6. Salah satu dosa besar
7. Membahayakan diri sendiri dan orang lain seperti memandu
ketika mabuk
JENAYAH MINUM ARAK SEBAGAI HUKUM HUDUD
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
8:39:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: