SSPN-i Plus

JENAYAH HIRABAH DIBAWAH HUKUM HUDUD




KESALAHAN HIRABAH

PENGERTIAN HIRABAH
Menurut pengertian istilah ialah tindakan mengganggu laluan awam dengan tujuan untuk menakut-nakutkan manusia atau merampas harta orang dengan paksaan dan kekerasan.
Ia juga diberi takrifan sebagai serangan bertujuan merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang terangan, angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan.
Dalam bahasa Arab pelaku jenayah ini dipanggil qattau at-tariq yang bererti pemutus jalan iaitu orang ramai terpaksa mengelak melalui jalan tersebut, seolah-olah mereka telah memutuskan jalan.

Firman Allah Taala:
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
(Al-Maaidah 5:33)

KATEGORI PENJENAYAH HIRABAH
Secara khusus ia dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu:
a.    Tindakan mengugut orang atau mengganggu orang awam tanpa merampas dan tanpa membunuh mangsanya.
b.    Tindakan merampas harta sahaja
c.    Tindakan membunuh mangsa sahaja
d.    Tindakan merampas harta dan membunuh mangsa.

HAD KESALAHAN ROMPAK DAN SAMUN
Perompak dan penyamuh yang sabit kesalahan dikenakan had mengikut keadaan tindakan mereka, iaitu:
      i.        Hukuman bunuh
     ii.        Hukuman bunuh dan salib
    iii.        Hukuman potong kaki dan tangan secara berselang seli sekaligus
   iv.        Hukuman buang daerah.

1. Tindakan Mengugut Dan Mengganggu
Pendapat ulama’:
Imam Syafei
dikenakan hukuman Ta’zir dan dibuang daerah
Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad
hukuman buang daerah sahaja
Imam Malik
berdasarkan ijtihad hakim dan pemerintah demi menjaga kepentingan awam

2. Tindakan Merampas
Jumhur Ulama’, Imam Syafei, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah berpendapat – hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri secara berselang seli serentak.

3. Tindakan Membunuh
Pendapat Ulama’:
Imam Syafei dan Abu Hanifah
dihukum bunuh tetapi tidak disalib
Imam Malik
hakim atau pemerintah boleh pilih salah satu, iaitu:
dihukum bunuh tanpa salib atau dihukum bunuh serta disalib

4. Tindakan Merampas Dan Membunuh
Pendapat ulama’:
Imam Syafei dan Imam Ahmad
dihukum bunuh dan disalib
Imam Abu Hanifah
dihukum dengan salah satu dari yang berikut:
- dihukum bunuh dan disalib
- terus dibunuh tanpa potong tangan dan kaki
- disalib terlebih dahulu dan kemudian dibunuh tanpa potong tangan dan kaki

SYARAT SABIT HIRABAH
Syarat Perompak
1.    Waras
2.    Baligh
3.    Mempunyai senjata

Syarat Mangsa Rompakan
1.    Islam
2.    Kafir Zimmi
3.    Tidak ada hubungan kekeluargaan antara perompak dan mangsa
4.    Harta yang dirompak milik mangsa secara sah atau diwakilkan kepadanya

JENAYAH HIRABAH DIBAWAH HUKUM HUDUD JENAYAH HIRABAH DIBAWAH HUKUM HUDUD Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 10:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.