LATIHAN BUKAN SATU JENIS JE




JENIS-JENIS LATIHAN

a. Simulasi
Merupakan replika atau tiruan kepada persekitaran kerja yang sebenar. Ia amat berguna apabila pelatih memerlukan pengalaman sebenar di tempat kerja, tetapi tidak dapat dilakukan kerana kos atau isu keselamatan. Contoh: Juruterbang akan melakukan latihan memandu pesawat dalam bilik latihan simulasi bukan dalam cockpit pesawat. Latihan ini membekalkan pengalaman kerja sebenar kepada pelatih.

b. Latihan Perantisan
perantisan adalah latihan secara formal yang menggabungkan pembelajaran dalam kelas dan latihan praktikal. Ini lazimnya digunakan untuk melatih pekerja seperti mekanik, juruteknik dan juruelektrik. Pekerja mempelajari kemahiran kerja secara formal dan kemudian menjalakan prktikal di tempat kerja.

c. Latihan Berasaskan Komputer
Pekerja diberikan latihan seperti penyelesaian masalah dan simulasi dengan menggunakan komputer

d. Pembelajaran Terprogram
Merupakan satu teknik  pembelajaran kendiri dengan menggunakan nota dan modul latihan yang disediakan secara sistematik. Kandungan modul disediakan mengikut tahap kerumitan yang membolehkan pelatih mempelajari sesuatu mengikut tahap keupayaan mereka.

e. Kaedah Kuliah
Merupakan penyampaian kandungan kursus latihan secara kuliah oleh seorang pakar atau jurulatih dalam bidang tertentu. Objektif utama adalah untuk menyampaikan ilmu atau maklumat kepada sekumpulan pelatih. Bagi latihan industri, kaedah tidak berapa sesuai melainkan ia digabungkan dengan kaedah-kaedah yang lain.

f. Kaedah Kajian Kes
Kaedah ini memerlukan pelatih mengenal pasti dan mengkaji sesuatu isu atau kes sebenar dan mendapatkan penyelesaiannya. Ia mungkin dalam bentuk bahan bacaan atau persembahan. Latihan ini akan menajamkan komunikasi lisan, kreativiti dan kebolehan menganalisa data dan mengendalikan kajian.

g. Main Peranan
Pelatih diminta bertindak balas terhadap sesuatu situasi dengan beraksi sebagai watak tertentu. Kaedah ini membolehkan pelatih menentukan penyelesaian masalah daripada perspektif pekerja lain. Biasanya digunakan untuk membangunkan kemahiran komunikasi pekerja dan kemahiran lain. Ia direkabentuk untuk disimulasikan dengan keadaan sebenar. Contoh: peguam diberi latihan dalam kamar bicara.

h. Permainan Pengurusan
Merupakan latihan berasaskan satu situasi perniagaan yang direka dan mirip dengan keadaan sebenar. Jenis latihan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi kemahiran pelatih dalam pembuatan keputusan dan pengurusan organisasi.

i. Latihan Bekas Surat
Bertujuan membekalkan pelatih kemahiran untuk menentukan keutamaan dalam membuat keputusan. Pelatih diberi satu set dokumen perniagaan seperti memo, mesej telefon dan laporan untuk melakukan tindakan yang sepatutnya dibuat mengikut keutamaan.

j. Pusingan Kerja
Latihan melalui pusingan kerja dilakukan dengan menempatkan pelatih di beberapa jabatan organisasi secara bergilir. Dengan cara ini pelatih akan memperoleh pelbagai pengalaman kerja dan berpeluang melihat hubungan bahagian – bahagian organisasi secara keseluruhannya. Sekiranya latihan ini bertujuan untuk memberikan pelbagai kemahiran (multi-skilled), maka pelatih kena jalani semua tugasan. Jika hanya untuk pemerhatian, beliau hanya perlu lakukan tugasan yang diberikan kepadanya.

LATIHAN BUKAN SATU JENIS JE LATIHAN BUKAN SATU JENIS JE Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 10:23:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.