PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM
PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM
1. DEFINISI
Harta Pusaka ialah harta yang ditinggal oleh seseorang yang mati
untuk diwarisi oleh ahli
keluarganya serta yang lain. Harta yang dimaksudkan itu ialah
segala harta peninggalan simati yang meliputi harta alih dan harta tak alih
setelah ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada
pihak-pihak yang berhak menurut undang-undang.
Kamus Dewan mentakrifkan harta pusaka sebagai “harta yang ditinggal
oleh seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang lain.”
Bagaimanapun ini tidaklah bermakna semua harta simati menjadi harta pusaka.
Harta yang dimaksudkan itu tidak termasuk harta yang telah diberi kepada orang
lain semasa hayatnya, harta yang telah dijual oleh simati, harta yang telah
diwakafkan, harta yang dipegang amanah oleh simati, pencen (termasuk Pencen terbitan),
ganjaran dan Socso serta pemberian oleh orang yang menziarahi simati.
2. JENIS-JENIS HARTA PUSAKA
Menentukan jenis harta pusaka akan
memudahkan proses permohonan pembahagian harta pusaka. Ini kerana jenis harta
pusaka akan membezakan status perundangan dan institusi yang mengendalikannya.
Secara amnya kita perlu menetapkan tiga perkara:
a. Adakah si mati meninggalkan wasiat atau tidak?
b.
Apakah harta itu
dari jenis harta alih, harta tak alih atau kedua-duanya?
c. Berapa jumlah nilaian harta tersebut?
PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
5:34:00 PTG
Rating:

Tiada ulasan: