NOTA BAHASA MELAYU SPM





NOTA BAHASA MELAYU SPM

1. FORMAT BAHASA MELAYU SPM

BAHASA MELAYU SPM (1103) mengandungi dua kertas:

KERTAS 1 (11301/1) KARANGAN - 130 MARKAH

Bahagian A – karangan berpandukan rangsangan
-       200 hingga 250 patah perkataan
-       45 minit
-       30 markah

Bahagian B – karangan umum
-       Melebihi 350 patah perkataan
-       1 jam 30 minit
-       100 markah

KERTAS 2 (11301/2) – 110 MARKAH

Soalan 1 (30 markah)
-       Rumusan

Soalan 2 (35 Markah)
-       Pemahaman Petikan Umum ( 9 Markah)
-       Pemahaman Komsas (Antologi Cerpen/Drama) 9 Markah
-       Pemahaman Komsas (Antologi Prosa Tradisional) 8 Markah
-       Pemahaman Komsas (Antologi Puisi Moden/Tradisional) 9 Markah

Soalan 3 (30 Markah)
-       Membina ayat (6 markah)
-       Menganalisis ayat (6 markah)
-       Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan (6 markah)
-       Membetulkan kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa  (6 markah)
-       Peribahasa (6 markah)

Soalan 4 (15 Markah)
-       Novel (7 markah)
-       Novel (8 Markah)

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah – 40 Markah

2. KERTAS 1

BAHAGIAN A
Bahan rangsangan yang akan dikemukakan boleh terdiri daripada:
Gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan/peta, iklan, petikan, catatan.
Calon dikehendaki memberi respons terhadap sumber dalam bahan rangsangan tersebut.  Respons tersebut mestilah menepati tema soalan dan fokus soalan. Kemungkinan kandungan soalan berdasarkan isu-isu semasa.



BAHAGIAN B
Sebanyak lima soalan akan dikemukakan berdasarkan lima dimensi atau tema yang telah ditetapkan. Dimensi tersebut ialah: dimensi diri (pengalaman sendiri), dimensi keluarga, dimensi masyarakat dan Negara, dimensi antarabangsa dan dimensi kesusasteraan.



3. KERTAS 2

RUMUSAN  DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM  

Rumusan (30 markah)
Satu petikan umum yang diubahsuai daripada majalah, surat khabar dan sebagainya yang panjangnya kira-kira 350 patah perkataan akan dikemukakan, calon perlu merumus tidak lebih dari 120 patah perkataan.

Pemahaman petikan Umum (9 markah)
Soalan 2(a) ialah pemahaman petikan Umum. Untuk menjawab soalan ini, petikan bagi soalan 1 (rumusan) perlu dirujuk.

KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 mengemukakan aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa. Soalan 3 ini wajib dijawab dan diperuntukan 30 markah (6 markah bagi setiap ceraian).

Soalan 3(a) : membina ayat

Soalan 3(b):  
·         Menukarkan ayat
·         Mencerakinkan ayat
·         menggabungkan ayat
·         Melengkapkan ayat
·         Menganalisis ayat

Soalan 3(c):
Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan

Soalan 3(d): membetulkan kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa.
·         Kesalahan dari segi perbendaharaan kata
·         Kesalahan dari segi kata
·         Kesalahan dari segi pengimbuhan
·         Kesalahan dari segi pemajmukan
·         Kesalahan dari segi frasa dan struktur ayat


Soalan 3(e):
·         Membina ayat berdasarkan peribahasa
·         Menyatakan maksud peribahasa
·         Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud
·         Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat, dialog atau petikan
·         Menyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa dalam soalan
·         Melengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.










NOTA BAHASA MELAYU SPM NOTA BAHASA MELAYU SPM Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 9:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.