PENGENALAN ILMU FARAID
PENGENALAN ILMU FARAID
1.1 DEFINISI ILMU FARAIDH, MIRATH
DAN TARIKAH
Dari segi
bahasa faraidh bermaksud kadar. Ilmu Faraid
ialah: “Ilmu berkenaan kaedah-kaedah fekah dan hisab (matematik) bertujuan
untuk mengetahui habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta
peninggalan si mati”.
Objek perbahasan ilmu faraid ialah At-Tarikah
(التركة) iaitu harta peninggalan si mati.
At-Tarikah atau harta peninggalan bermaksud segala harta yang ditinggalkan si mati selepas kematiannya sama ada aset tetap (seperti tanah, rumah, bangunan dan sebagainya) atau aset berubah (seperti mata-wang, emas, perak dan sebagainya).

Aspek-aspek
penting yang perlu diketahui untuk mendalami ilmu faraid ialah:
1.Mengetahui cabang-cabang nasab
2.Mengetahui siapa ahli waris dan siapa bukan ahli waris.
3.Mengetahui kadar atau bahagian yang akan diwarisi oleh setiap ahli waris
4.Mengetahui kaedah atau cara mengira (ilmu matematik dasar).

1.2 TUJUAN MEMPELAJARI ILMU FARAID
Kepentingan
mempelajari ilmu Faraid
1. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
2. Berkata Saidina Umar r.a.: “Pelajarilah ilmu as-Sunnah, ilmu Faraid dan ilmu Bahasa (Arab) sebagaimana kamu mempelajari al-Quran”. (Diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi, Ibnu ‘Abdil-Barri dan Abu ‘Ubaid/Kanzul-‘Ummal, al-Muttaqi al-Hindi, no. 29347)
Tujuan mempelajari ilmu Faraid ialah untuk mengetahui bahagian atau habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati atau harta pusaka.

1.3 HAK-HAK YANG BERSANGKUTAN
DENGAN HARTA PENINGGALAN
Kewajipan yang mesti ditunaikan terhadap harta si mati:
Pertama; Diambil darinya untuk kos pengurusan jenazahnya.
Kedua; Kemudian, diambil darinya untuk membayar hutang-hutangnya;
(pertama) hutangnya dengan hamba-hamba Allah, dan
(kedua) hutangnya dengan Allah.
Ketiga; Kemudian, dilaksanakan wasiatnya dengan syarat tidak melebihi 1/3 dari harta yang tinggal setelah ditolak hutang.
Keempat; Akhirnya, diagihkan kepada ahli-ahli warisnya.
bersambung ......
PENGENALAN ILMU FARAID
Reviewed by Kamaruddin Mahmood
on
12:56:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: