PERKARA ASAS ILMU FARAID


PERKARA ASAS ILMU PERWARISAN



1. RUKUN PERWARISAN
Rukun-rukun perwarisan ada tiga, iaitu;
1. al-Muwarrith iaitu orang yang mewariskan harta (yakni si mati)
2. al-Warith iaitu orang yang bakal mewarisi harta si mati.
3. al-Mauruth iaitu harta yang diwariskan oleh si mati.

2. SEBAB-SEBAB MENDAPAT PUSAKA
1. Ikatan keturunan atau kekeluargaan, merangkumi;
a) Usul; iaitu ibu-bapa, datuk, nenek dan seterusnya.
b) Furu’; iaitu anak, cucu, cicit dan seterusnya.
c) Hawasyi; iaitu (pertama) saudara-saudara dan anak-anak saudara, (kedua) bapa-bapa saudara dan anak-anak bapa saudara.

2. Ikatan perkahwinan
Iaitu ikatan suami dan isteri.

3. Ikatan dengan bekas hamba (Al-Wala’)
Iaitu perwarisan seseorang dengan sebab ikatan antaranya dengan hamba yang telah dibebasnya.

4. Ikatan akidah (keislaman)
Iaitu seorang muslim yang mati jika ia tidak mempunyai sebarang ahli waris melalui sebab-sebab di atas, maka harta peninggalannya akan menjadi hak kaum muslimin yakni dimasukkan ke dalam Baitul-Mal.


3. SYARAT-SYARAT UNTUK MEWARISI HARTA
1. Al-Muwarrith (orang yang mewariskan harta) telah pasti matinya. Kematian sama ada secara andaian atau diputuskan oleh mahkamah.
2. Al-Warith (orang yang mewarisi) masih hidup ketika kematian al-muwarrith (si mati).
3. Dipastikan terlebih dahulu secara terperinci jenis hubungan antara waris dengan si mati yang menjadi faktor kepada perwarisan.
4. Tidak terdapat sebarang tegahan yang menghalang dari mewarisi harta si mati.

4. HALANGAN MENDAPAT PUSAKA (MANI’)
Pengertian halangan
Seseorang itu wujud tapi terhalang atau juga dengan sebab wujud seseorang orang lain tidak dapat harta

Sebab Terhalang
1. Menjadi hamba
Seorang hamba tidak akan mewarisi kerana hartanya akan berpindah kepada tuannya.

2. Membunuh orang yang mewariskan harta.
Sabda Rasulullah s.a.w.;
    القَاتِلُ لاِيَرِثُ
“Orang yang membunuh tidak mewarisi (harta dari orang yang dibunuhnya)”. (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

3. Berbeza agama (yakni antara Islam dan kafir)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
لاَ يَرِثُ الْمُسْلِمُ الْكَافِرَ، وَلاَ يَرِثُ الْكَافِرُ الْمُسْلِمَ
“Tidak mewarisi seorang muslim dari seorang kafir dan tidak mewarisi seorang kafir dari seorang muslim”. (Riwayat Muslim dari Usamah bin Zaid r.a.)

PERKARA ASAS ILMU FARAID PERKARA ASAS ILMU FARAID Reviewed by Kamaruddin Mahmood on 5:58:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.