CIRI-CIRI PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD
1. LATAR BELAKANG
Perkongsian
adalah format perniagaan yang sudah lama diamalkan di Malaysia. Sesuatu
perkongsian tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961[1] tetapi didaftarkan dibawah
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956[2].
Formaliti
bagi penubuhan dan pengurusan perkongsian amat ringkas dan tidak memerlukan
pelaporan selain pembaharuan pendaftaran perniagaan. Setiap rakan kongsi adalah
agen bagi rakan kongsi yang lain. Ini bermakna tindakan mana-mana rakan kongsi boleh
mengikat liabiliti rakan-rakan kongsi yang lain dengan pihak ketiga. Ada
situasi dimana ia menjadi tidak adil kepada rakan kongsi yang lain.
Perkongsian
Liabiliti Terhad (selepas ini disebut sebagai PLT) diperkenalkan sebagai satu wadah perniagaan alternatif yang
dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012[3]
yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional.
Apabila
PLT didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, maka
peruntukan-peruntukan dibawah Akta perkongsian 1961 dan kaedah-kaedah ekuiti
dan common law yang terpakai kepada perkongsian, tidak akan digunapakai keatas
PLT[4].
2. CIRI-CIRI
DAN KEUPAYAAN PLT
Konsep
asas sebuah Perkongsian Liabiliti Terhad ialah ia tetap suatu perkongsian
tetapi rakan-rakan kongsi menikmati ciri-ciri sebagai sebuah perbadanan iaitu
pengasingan entiti undang-undang antara rakan-rakan kongsi dan PLT iaitu konsep
sebuah perbadanan seperti sebuah syarikat.
2.1
PERSONALITI UNDANG-UNDANG BERASINGAN
Sebagai
sebuah perbadanan (body corporate) PLT akan mempunyai personaliti undang-undang
yang berasingan dari rakan-rakan kongsi PLT tersebut.[5] .
Apa-apa
hutang dan obligasi PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta PLT tersebut
dan bukan daripada harta rakan-rakan kongsinya. Dalam kes perkongsian konvensional, rakan-rakan kongsi
mempunyai liabiliti tidak terhad secara bersesama dan berasingan (jointly and severally liable) dengan
firma perkongsian itu.
sebuah
perbadanan. Walaupun kes ini berkenaan dengan syarikat tetapi dari segi konsep
ia juga terpakai kepada PLT. Syarikat adalah orang disisi undang-undang (persona at law) dan mempunyai identiti
undang-undang yang tersendiri[1].
Walaubagaimanapun,
PLT berbeza dari syarikat dalam beberapa perkara, seperti:
a. Tiada keluaran saham
b. Fleksibiliti membuat keputusan
c. Tiada keperluan formal untuk
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
d. Tiada keperluan untuk mengemukakan
penyata kewangan kepada SSM
e. Akaun tidak perlu diaudit
2.2
PERWARISAN KEKAL
PLT
juga mempunyai ciri Perwarisan kekal yang bermakna selagi ia tidak dibatalkan
pendaftaran oleh Pendaftar PLT maka ia tetap wujud sebagai sebuah PLT[2]. Apa-apa perubahan
mengenai rakan-rakan kongsi PLT tidak akan memberi kesan kepada kewujudan,
hak-hak dan liabiliti-liabiliti PLT[3]. PLT tidak akan terbubar
sekiranya ada rakan kongsi yang keluar dari PLT. Namun, jika jumlah rakan
kongsi hanya tinggal satu orang (yang disifatkan sebagai bukan lagi satu
perkongsian), maka ia menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum.[4]
Konsep perwarisan kekal dalam syarikat wujud dalam kes Abdul Aziz B Atan
& 87 Ors v Ladang Rengo Malay Estate Sdn Bhd[5].
2.3
MENDAKWA DAN DIDAKWA
PLT
mempunyai keupayaan tanpa had untuk mengambil tindakan undang-undang dan diambil
tindakan atas nama PLT sendiri bukan atas nama rakan-rakan kongsi.[6] Berbeza dengan perkongsian
biasa yang mana tindakan undang-undang akan diambil atas nama rakan-rakan
kongsi. Dalam undang-undang syarikat peraturan ini dinamakan sebagai ‘Proper
Plaintiff Rule’ yang diambil dari prinsip kes Foss v Harbottle.[7]
Hak,
liabiliti, aset dan harta milik syarikat
bukan milik pegawai atau rakan kongsi PLT atau mana-mana orang yang mengasaskan
PLT tersebut.[8]
Ini kerana PLT mempunyai keupayaan untuk
memperoleh, mempunyai, membangunkan dan memegang atau melupuskan harta. Malah,
PLT boleh melakukan dan menerima kesan apa-apa tindakan lain dan perkara
sebagai sebuah badan korporat boleh lakukan dan menerima kesan[9].
[1] Sunrise Sdn Bhd v First Profile (M) Sdn Bhd & Anor [1996] 3 MLJ 533
[2]
S.3(2)
[3]
S.3(3)
[4]
S.7
[5]
[1985] 2 MLJ 165
[6]
S.3(4)(a)
[7]
(1843) 67 ER 189
[8]
S.3(4)(b)
[9]
S.3(4)(c)
[1]
Akta 135
[2]
Akta 197
[3]
Akta 743
[4]
S.4
[5]
S.3(1)
[6]
S.20 Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
[7]
[1897] AC 22

Sands Casino & Resort, Atlantic City | Entertainment | SGHC
BalasPadamLocated on the shores of the Las Vegas Strip in Atlantic City's Gold Coast, Sands Casino & Resort offers the finest in gaming, dining, 1xbet korean hotel and 카지노사이트 more. 샌즈카지노