SIAPALAH KITA BILA TERLANTAR BEGINI?
TAZKIRAH - Siapalah Kita bila terlantar begini?
SIAPALAH KITA BILA TERLANTAR BEGINI?
Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya
bekas isteri.'
Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang
terlantar di atas katil ICU.
Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun,
setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.
'Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak
puan di mana?'
'Anak kami dua orang doktor, tetapi anak semua
dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya'
Kenapa?
'Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari
ayahnya doktor.'
Dia menangis teresak esak.
'Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?'
'Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru.
Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya
membusuk dua bulan lalu'
Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar
melayankan wanita di hadapan mataku ini.
Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil
ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris.
Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu
dibincangkan dengan waris.
Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan
di lanjut usia. Banyak..
Kenapa?
Kerana lupa diri.
Ramai yang berkata 'wanita diuji sewaktu
suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang'.
Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.
Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap
mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah.
Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks
rileks dan kaut untung sahaja.
Masa banyak. Duit banyak.
Jadi, hati pun kembali muda.
Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin
menjadi pendengar setia masalah keluarga.
Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal
masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama
kelamaan curang itu semakin dekat.
'Jadi puan datang ke sini bagaimana? '
'Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak
sihat, kena stroke'
'Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini
pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.'
'Tapi saya ini bukan siapa pada dia.
Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat
keputusan bagi pihak dia.'
'Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini.
Tenangkan diri'
Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya.
Biarlah airmatanya gugur.
Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.
Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat
suci ditelinga.
Tanpa keluarga.
Tanpa isteri... Atau lebih elok disebut bekas
isteri.
Tanpa isteri muda yang sudah lari.
Tanpa anak anak yang menjauh hati.
Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh
bergerak sendiri.
Hanya dia dan kami.
Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke
bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.
Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun
tak pasti.
Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat
dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.

Tiada ulasan: